ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 24/02/2017

Seminar Gagasan Peradaban Al-Quran

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan Seminar Gagasan Peradaban Al-Quran seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Selasa & Rabu 28 Februari 2017 & 1 Mac 2017

Tempat : Pusat Dakwah Islam Paroi Negeri Sembilan

Sila klik di sini untuk Program

Matlamat

Seminar ini berhasrat menzahirkan kembali gagasan utama pemikiran peradaban Al-Qur’an yang telah melahirkan tamadun Islam yang luhur dalam sejarah manusia. Berikut merupakan perincian maksud yang ingin dicapai:

(i) Memperlihat sifat alamiah (universality) gagasan pemikiran yang dianjurkan oleh Al-Qur’an.

(ii) Mengungkap kembali gagasan-gagasan utama Al-Qur’an dan menghuraikan peranannya dalam pembinaan peradaban.

(iii) Menggariskan manhaj yang benar dalam pengkajian Al-Qur’an.

(iv) Menjelaskan syarat-syarat kefahaman maksud Al-Qur’an dan punca-punca yang menghalang kefahaman.

(v) Menunjukkan contoh-contoh bagaimana prinsip-prinsip Al-Qur’an membantu dalam memahami dan menyelesaikan permasalahan semasa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.