|
|
|
|
|
|
Jumaat 21/04/2017
MAJLIS PERASMIAN PROMOSI JUALAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) DAN PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (PPU) 2017
PKNS akan mengadakan Majlis Perasmian Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNe) Dan Program Perintis Usahawan (PPU) 2017 bertempat di Ruang Legar Kompleks PKNS, Shah Alam. Majlis ini akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg. Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof. Sebanyak 44 buah sekolah menengah serta 6 buah sekolah rendah akan menyertai majlis tersebut.
Hari/Tarikh : Sabtu 29 April 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar Kompleks PKNS Shah Alam
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 / 012-6817850.
-BERNAMA |
|
|
|
|
|