ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 24/05/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PREVIEW BUFET RAMADAN 2017 D'SAJI

Dimaklumkan bahawa FELDA D'Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA akan mengadakan Majlis Preview Bufet Ramadan 2017 bersama Rakan Korporat & Media di ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 25 Mei 2017

Masa : 11.00 am - 2.00 pm

Tempat : Dewan Perdana FELDA, Anjung FELDA, Jalan Semarak Off Jalan Maktab,
53200 Kuala Lumpur.


Program

11.00 am : Ketibaan tetamu jemputan

12.00 pm : Ketibaan Pengerusi Felda, YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad

12.10 pm : Bacaan Doa

12.15 pm : Ucapan dan Pelancaran Bufet Ramadan D'Saji 2017 / 1438H oleh YB Pengerusi Kumpulan Felda

12.30 pm : Jamuan Makan Tengahari

1.45 pm : Sidang Akhbar

2.00 pm : Bersurai


Majlis Preview Bufet Ramadan ini akan memperkenalkan kepada Media dan tetamu khas berkenaan menu-menu istimewa yang akan dipersembahkan di 6 buah lokasi sekitar Lembah Kelang. Selain itu, akan turut diumumkan harga-harga kepada pelanggan serta tawaran khas kepada pelanggan setia. Antara keistimewaan kali ini ialah Seafood Ramadan Buffet dan Masakan Tradisi Melayu daripada pelbagai pelusuk Negara serta beberapa menu masakan Mediterranean, Barat dan Tiong Hua.

Di samping itu, majlis ini akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad, Pengerusi FELDA.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Muhammad Muinuddin Dzulkifli
Tel : 019 - 2111601 / 03 - 2698 8302

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.