ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 24/05/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PUSAT INKUBATOR KRAF KOTA BELUD

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Pusat Inkubator Kraf Kota Belud pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 26 Mei 2017

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Pusat Inkubator Kraf
KM 1, Jalan Ranau, Kampung Pirasan
Kota Belud, Sabah

Oleh : Yang Berbahagia Datuk Haji Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Pakaian : Batik Malaysia


PROGRAM

9.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

9.45 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat

10.00 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Negaraku

: Lagu Sabah Tanah Airku

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-aluan oleh
Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida binti Mokhtar
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

: Ucapan Perasmian oleh
Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Gimik

: Jamuan

: Lawatan ke Pameran dan Demonstrasi Kraf

: Acara Menanam Pokok

11.30 pagi : Majlis Bersurai


Inkubator Kraf merupakan pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia bagi membangunkan usahawan muda yang baru melibatkan diri dalam bidang kraf dan berpotensi menghasilkan pengeluaran kraf secara komersil.

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud ini menyediakan ruang galeri kraf, ruang kerja serta kemudahan gunasama yang akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menggalakkan lagi usahawan-usahawan muda terlibat dalam industri kraf khususnya di Kota Belud.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi hadir dan membuat liputan Majlis Perasmian Pusat Inkubator Kraf Kota Belud tersebut.


SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.