|
|
|
|
|
|
Isnin 19/06/2017
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MASJID AL- MURSYIDIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS & BERBUKA PUASA
Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Majlis Perasmian Masjid Al- Mursyidin Universiti Pendidikan Sultan Idris & Berbuka Puasa akan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 20 Jun 2017
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Masjid Al-Mursyidin
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City
Untuk makluman, Masjid Al- Mursyidin adalah sebahagian daripada kompenen projek pembangunan Kampus Sultan Azlan Shah yang dilaksanakan di dalam satu pakej Rancangan Malaysia ke-9 bermula pada tahun 2005 hingga 2010. Masjid berkeluasan 5003.30 meter persegi ini siap dibina pada 31 Januari 2012.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANKJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Dr. Ghazali Din
Penyelaras Media, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 019 2792143
Nama: Puan Maziah Zee Abdullah
Pegawai Penerbitan
Tel : 019 4650979
-BERNAMA |
|
|
|
|
|