ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 19/06/2017

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan mengadakan satu Program Kempen Seorang Sekampit Beras di tiga buah masjid sekitar Kuala Lumpur selama dua (2) hari iaitu pada 20 Jun 2017 dan 21 Jun 2017.

Pihak AIBIM yang diwakili oleh sembilan (9) institusi Perbankan Islam bakal menyumbangkan bantuan berbentuk beras serta keperluan asas menyambut Hari Raya kepada 930 keluarga asnaf.

Program ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad merangkap Presiden AIBIM, bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan bank-bank ahli AIBIM yang terlibat.

Program ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara institusi perbankan Islam dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Majlis tersebut akan di adakan seperti di bawah:


1. MASJID AL BUKHARY
NO. 1 JALAN HANG TUAH, BUKIT BINTANG, 50200 KL

Hari/Tarikh : Selasa 20 Jun 2017

Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Institusi Perbankan Islam terlibat :
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
OCBC Al Amin Bank Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad

2. MASJID AS SHADIAH
NO 20-0-6, JALAN 7/112A, OFF JALAN PANTAI DALAM, TAMAN BUKIT ANGKASA,59200 KL

Hari/Tarikh : Rabu 21 Jun 2017

Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Institusi Perbankan Islam terlibat :
Agrobank
AI Flajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Afiin Islamic Bank Berhad

3. MASJID AL IMAM AL GHAZALI
JALAN 1/62A, BANDAR SRI MANJALARA, 52200 KL

Hari/Tarikh : Rabu 21 Jun 2017

Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang (iftar disediakan)

Institusi Perbankan Islam terlibat :
Bank Islam Malaysia Berhad
Malaysian Building Society Berhad
Agrobank

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pada majlis di ketiga-tiga buah Masjid tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Ratna Sha'erah Kamaludin
Tel : 03 -20268002 / 012 - 6525419
Emel : ratna@aibim.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.