ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Selasa 20/06/2017

MAJLIS PERLANCARAN WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis bagi melancarkan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat pada 21 Jun 2017, Rabu bersamaan 26 Ramadhan 1438H.

DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, turut berkenan mencemar duli untuk menyaksikan upacara menandatangani perjanjian sekali gus melancarkan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat. Majlis ini turut disertai oleh Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Majlis tersebut akan di adakan seperti di bawah:

Hari/Tarikh : Rabu 21 Jun 2017

Masa : 5.00 Petang - 10.30 Malam

Tempat : Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, 71550 Negeri Sembilan

Pakaian : Baju Melayu Lengkap Bersampin & Songkok / Baju Kurung (elakkan memakai warna kuning & ungu)

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NURSHAZRINA ABDULLAH
Tel : 0123589876
Emel : nurshazrina@muamalat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.