PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 22, 2017 -Rabu

 
 
 

Isnin 17/07/2017

LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM PERSIDANGAN DAN BENGKEL ANTARABANGSA LEBAH KELULUT

International Institute of Plantation Management (IIPM) akan menganjurkan International Stingless Bees (Kelulut) Conference & Workshop pada 18 - 20 Julai 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, Terengganu. Persidangan Antarabangsa ini di hoskan oleh; International Rubber Research Development Board (IRRDB), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Pertanian Malaysia. Kami menjangkakan seramai tiga ratus (300) orang akan mendaftar sebagai peserta yang terdiri daripada ahli profesional, ahli akademik, dan pemain-pemain utama dalam sektor penternakan lebah kelulut tempatan dan luar negara, sektor pertanian dan pekebun-pekebun kecil. Tiga puluh (30) ruang pameran disediakan untuk pempamer manakala 'Stingless Bees Challenge' akan menempatkan 100 penyertaan untuk hasil inovasi dan kreativiti daripada pusat-pusat penyelidikan, Universiti, Kolej dan sekolah dari seluruh negara. Tema persidangan ini adalah "ENHANCING THE MALAYSIAN STINGLESS BEES INDUSTRY: NEW IDEAS AND PERSPECTIVES"

Di antara objektif penganjuran ini adalah untuk meningkatkan pendapatan melalui penternakan lebah kelulut, memperbaiki kaedah pembiakan dan penternakan lebah kelulut, memperbaiki teknik penuaian dan pengurusan penuaian lebah kelulut dan memperbaiki piawaian dalam pengurusan kualiti dan produk-produk lebah kelulut. Pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa seperti daripada Brazil, Australia, Indonesia dan juga pakar-pakar tempatan seperti daripada MARDI, Jabatan Pertanian dan Universiti Malaysia Terengganu.

Majlis Perasmian dan Majlis Makan Malam akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Majlis Perasmian

Hari/Tarikh : Selasa 18 Julai 2017

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Permai Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu

Perasmian : Y. Bhg. Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir,
Setiausaha Agung, International Rubber Research and Development Board (IRRDB)

Majlis Makan Malam

Hari/Tarikh : Selasa 18 Julai 2017

Masa : 7.45 malam

Tempat : Permai Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu

Perasmian : Yang Berhormat Dato' Mohammad Pehimi Yusof,
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu
(mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu)

Klik sini untuk Tentative Conference Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian dan Majlis Makan Malam tersebut.

Sumber : International Institute of Plantation Management (IIPM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Najid Abd Rashid
Tel : 03-5522 5534 / 019-282 2850

-BERNAMA









 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.