ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 24/07/2017

MAJLIS PEMBUKAAN HARI TERBUKA DANA NEWTON-UNGKU OMAR

MIGHT dengan sukacita menjemput rakan-rakan media untuk menghadiri Majlis Pembukaan Hari Terbuka Dana Newton-Ungku Omar. Nama Dana Newton-Ungku Omar ini diambil sempena nama seorang saintis terkenal Malaysia, Prof. Datuk Dr Ungku Ahmad kerana sumbangan beliau dalam penyelidikan sains perubatan dan kesihatan di mana hasilnya telah meningkatkan status kesihatan populasi termasuk penghapusan Malaria dalam kalangan masyarakat miskin dan terpinggir di Malaysia.

Program-program utama Dana Newton merupakan kerjasama antara British Council Malaysia, MIGHT, Akademi Sains Malaysia, Kementerian Pengajian Tunggi dan Kementerian Pelajaran yang juga adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Science To Action (S2A). Program-program Dana Newton seperti Institutional Link (IL), Researcher Link (RL), STEM Education (STEM) and Professional Development and Engagement (PDE) diwujudkan bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan orang ramai mengenai sains dan inovasi dan seterusnya membuka laluan ke arah persekitaran positif untuk penyelidikan dan penterjemahan penyelidikan.

Butiran adalah seperti di bawah:

Hari/Tarikh : Selasa 25 Julai 2017

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : MIGHT Partnership Hub, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

PROGRAM

9.00 pagi : Ketibaan tetamu, VIP & VVIP

9.30 pagi : Ucapan pembukaan oleh
: YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
: Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid
Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia
: H.E. Vicki Treadell
Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia

10.00 pagi : Pelancaran Program Weather & Climate Science for Service Partnership (WCSSP)

10.15 pagi : Penyampaian Anugerah Health and Medical Research in Non-Communicable Diseases

10.45 pagi : Forum bertajuk High Level "Energising International Collaborations in Science, Technology & Innovation

11.30 pagi : Sidang Media

11.45 pagi : Lawatan pameran oleh tetamu VIP

12.00 tengahari : Rehat


Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) ialah sebuah Syarikat Berhad Dengan Jaminan dan bukan berasaskan keuntungan, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Sebagai badan pelaksana Inisiatif Kerajaan bagi pengukuhan sains di negara ini iaitu "Science to Action" (S2A), MIGHT memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan mapan perniagaan berasaskan teknologi tinggi di negara ini menerusi peranannya sebagai badan pemikir, mempromosi kerjasama sektor awam-swasta serta sebagai platform untuk membangunkan perniagaan kepada usahawan-usahawan di Malaysia. MIGHT adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan menerusi kekuatan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan keahlian daripada dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang, termasuk akademik, kerajaan dan industri.
(www.might.org.my)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fatin Asmida Asman
Kumpulan Komunikasi MIGHT
No. Telefon : 012-549 6504
Email : asmida@might.org.my
MIGHT's Official Website: www.might.org.my
MIGHT's Official Twitter Page: www.twitter.com/mightmalaysia
MIGHT's Official Facebook Page: www.facebook.com/mightmalaysia


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.