ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Isnin 24/07/2017

MEBO INTERNATIONAL DARI CHINA AKAN MELANCARKAN PROGRAM "EVERY WOMAN EVERY CHILD CHINA PARTNERSHIP NETWORK LIFE REGENERATIVE ACTION" DI MALAYSIA

MEBO International dengan sukacitanya menjemput wakil-wakil media ke pelancaran Program "Every Woman Every Child China Partnership Network Life Regenerative Action" di Malaysia.

Program "Every Woman Every Child" dilancarkan oleh Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon pada tahun 2010, dengan tujuan memanfaatkan kekuatan kolektif institusi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan anggota masyarakat sivil untuk menjalin perkongsian rentas sektor dan rentas industri bagi menyokong strategi pembangunan kesihatan wanita dan kanak-kanak di semua negara.

Pada 29 Mei 2016, di Bandaraya Yan'an, China, MEBO International menaja majlis pelancaran untuk menandakan kerjasama dan perkongsiannya dengan Inisiatif "Every Woman Every Child", pembangunan Rangkaian Perkongsian China (CPN) dan pelan tindakan MEBO untuk bantuan perubatan sokongan di Asia dan Afrika.

MEBO International, yang terkenal sebagai tempat kelahiran ubat penjanaan semula badan manusia, kini mempunyai lebih daripada 40 paten di pelbagai negara dan rantau, seperti China, Amerika, Eropah dan Jepun, termasuk paten untuk penjanaan semula organ teras manusia.

Y.Bhg. Dato' Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Encik Zhang Heqiang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Amerika & Oceania, Persatuan Persahabatan Rakyat China Dengan Orang Asing, Encik Kevin P. Xu, Pengerusi MEBO International, dan Dato' Abdul Majid Ahmad Khan, Pengarah Persatuan Persahabatan Malaysia-China, akan menghadiri majlis pelancaran ini seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 27 Julai 2017

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Emerald, Aras 1, Hotel Mandarin Oriental, Pusat Bandar Kuala Lumpur,
50088 Kuala Lumpur


Wakil-wakil media juga dialu-alukan untuk membuat liputan sidang akhbar yang akan diadakan selepas majlis pelancaran di Bilik Jade, Tingkat G, Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan sidang media tersebut.

Sumber: MEBO International

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Zety
Tel : 03-2696 2115 / 03-2694 1023/03-2694 1024
Faks : 03-2694 1021 / 1022
Emel : mrem@bernama.com , prwire1@yahoo.com.sg

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.