ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 19/10/2017

MAJLIS PENUTUP PERINGKAT KEBANGSAAN TUBE MEGA 2017

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Majlis Penutup Peringkat Kebangsaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega yang bakal melabuhkan tirai pada 21 Oktober 2017 (Sabtu) ini.

Program TUBE Mega pada tahun ini berlangsung di sepuluh (10) kem PLKN di seluruh Malaysia secara serentak yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan YB Datuk Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah di Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah pada 7 Oktober 2017 yang lalu.

SME Corp. Malaysia dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghantar wakil wartawan serta jurugambar bagi membuat liputan dan seterusnya hadir ke Sesi Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Penyampaian Sijil TUBE. Majlis Penutup ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, TImbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Hj Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia dan YB Dato' Sri Haji Shahiruddin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Hari/Tarikh : Sabtu 21 Oktober 2017

Masa : 9:30 pagi - 11:30 pagi

Tempat : Kem PLKN Semarak, Pekan, Pahang


Program

9.30 pagi : Kehadiran Tetamu Jemputan

10.00 pagi : Ketibaan YB Dato' Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin,
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang

10.10 pagi : Nyanyian Lagu 'Negaraku' & Lagu 'Allah Selamatkan Sultan Kami'

Bacaan Doa

10.20 pagi : Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Hj. Abdul Majid,
Pengerusi SME Corp. Malaysia

10.30 pagi : Ucapan Penutup oleh YB Dato' Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin,
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang

Majlis Penyampaian Mock up Cheque kepada TUBErs Pantai Timur : Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

Majlis Penyampaian Sijil TUBE, Penganugerahan Peserta Terbaik & Rancangan Perniagaan Terbaik

Tayangan Video, Bacaan Ikrar & Persembahan oleh TUBErs

Sidang Media

11.30 pagi : Majlis Bersurai

Untuk makluman tuan / puan jua, lapan (8) Majlis Penutup Kecil akan diadakan di lapan (8) Kem PLKN di seluruh Malaysia. Butiran Majlis Penutup TUBE Mega Peringkat Kebangsaan adalah seperti di bawah:

Table

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penutupan tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : ‭012 905 2413
Emel : amysarah@smecorp.gov.my


-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.