PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 15, 2017 -Jumaat

 
 
 

Rabu 06/12/2017

SEMINAR "HALA TUJU HIBURAN & LAGU ISLAMI"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar "Hala Tuju Hiburan & Lagu Islami" seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 12 Disember 2017

Masa : (Rujuk Program)

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Pengenalan

Mutakhir ini, penciptaan lagu nasyid dilihat seakan terpengaruh trend dan konsep lagu pop dan Barat. Perbezaan hanyalah pada lirik sedangkan irama, rentak dan lagu sudah tidak dititikberatkan. Terdapat juga kelemahan dari segi kreativiti dan kehalusan mutu hasil hiburan Islami di Malaysia. Sehubungan itu, penggiat seni dan nasyid perlu diberi pendedahan tentang konsep hiburan lagu dalam Islam khususnya dalam penciptaan lagu yang menepati konsep hiburan Islami.

Objektif

i. Memberi pendedahan tentang konsep hiburan lagu Islami, sejarah dan falsafahnya;
ii. Membahaskan isu dan cabaran dalam menghasilkan lagu berkonsepkan Islami dan ketuhanan; dan
iii. Mengenalpasti hala tuju masa industry hiburan lagu Islami di Malaysia.

Program

8.00 pagi - 9.00 pagi : Pendaftaran dan Sarapan Pagi

9.00 pagi - 9.05 pagi : Bacaan Doa

9.05 pagi - 9.15 pagi : Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, Ketua Pengarah

9.15 pagi - 10.15 pagi :

Ucaptama: "Konsep Hiburan dan Lagu Islami"
YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sahibus Samahah Mufti, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

10.15 pagi - 10.45 pagi : Rehat/Minum Pagi

10.45 pagi - 11.30 pagi :

SESI 1: SEJARAH, FALSAFAH DAN TREND HIBURAN ISLAM
Moderator: YBrs. Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad (IKIM)

Kertas 1: "Sejarah dan Falsafah Hiburan Dalam Tradisi Islam"
Pembentang: YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran (IKIM)

11.30 pagi - 12.15 tengah hari :

Kertas 2: "Bahan Hiburan Islami Sebagai Tunjang Nilai Budaya Popular Kontemporari"
Pembentang: YBrs. Dr. Mahadi J. Murat (UIAM)

12.15 tengah hari - 1.00 petang :

Sesi Perbincangan & Press Conference

1.00 petang - 2.00 petang : Makan Tengah Hari dan Solat zuhur

2.00 petang - 4.00 petang :

FORUM: ISU, CABARAN DAN HALA TUJU HIBURAN LAGU ISLAMI DI MALAYSIA
Moderator: YBrs. En. Mohammad Suffian Amrin (Artis)
Ahli Panel 1: YBrs. En. Ahmad Farami bin Abdul Karim (UITM)
Ahli Panel 2: YBrs. En. Hafiz Hamidun (Artis)
Ahli Panel 3: YBrs. Hjh. Habsah Hassan (Penulis Lirik/Penulis Skrip)

4.00 petang - 4.30 petang :

Sesi Perbincangan

4.30 petang - 4.45 petang :

Persembahan Penutup

4.45 petang : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Seminar tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah binti Md. Sari
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.