ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Jumaat 16/03/2018

MUZAKARAH PAKAR PENGAJIAN ISLAM INTEGRASI: KE ARAH PENYEPADUAN ILMU AGAMA & SAINS

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar Pengajian Islam Integrasi: Ke Arah Penyepaduan Ilmu Agama & Sains pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 20 Mac 2018

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur


Program

8.00 pagi : Pendaftaran/Sarapan Pagi

9.00 pagi : Bacaan Doa

9.05 pagi : Kata Alu-aluan
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

9.20 pagi : Kata Alu-aluan
YBhg. Dato' Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Cancelor
(Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)/
Pengerusi, Penggerak STEM Kebangsaan

9.35 pagi : Sesi 1: Program-program Pengajian Islam Integrasi di Malaysia
Moderator: En. Mohd Husni Mohd Amin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

9.40 pagi : Kertas 1: Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malays (UM)

Dr. Madila Baharuddin, Penyelaras, Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malays (UM)

10.10 pagi : Kertas 2: Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFirst), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Prof. Dr. Farawahida Mohd Yusof, Pengarah, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFirst), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

10.40 pagi : Kertas 3: Program Diploma Pengurusan Halal, Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Prof. Madya Dr. Huzaimah Hj. Ismail, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

11.10 pagi : Kertas 4: Program Pengajian Islam Integrasi, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sians Malaysia (USM)

Dr. Shaikh Abdullah Hassan Mydin, Penyelaras, Program Pengajian Islam Integrasi, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sians Malaysia (USM)

11.40 pagi : Kertas 5: Program Sarjana Muda Perubatan, Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Prof. Madya Dr. Ahmad Marzuki Omar, Timbalan Dekan (Akademik dan Jaringan Industri), Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pahang

12.10 tengah hari : Sesi Perbincangan

1.00 petang : Makan Tengah Hari/Solat Zohor

2.15 petang : Sesi 2: Cabaran dan Hala Tuju Penyepaduan Pengajian Islam dan Sains

Moderator: En. Mohd Noor Omar, Felow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM

2.20 petang : Kertas 6: Penyepaduan Sains dengan Pengajian Islam: Kerangka Pandangan Alam Islam

Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, IKIM

2.55 petang : Kertas 7: Kerangka Tauhid dalam Menyepaduan Pengajian Islam dan Sains

Professor Dato' Dr. Mohd Yusof Haji Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3.30 petang : Kertas 8: Cabaran-cabaran Pelaksanaan Program Pengajian Islam Integrasi di Malaysia

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Felow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

4.05 petang : Sesi Perbincangan

5.00 petang : Bersurai


Penganjuran muzakarah ini adalah sangat baik untuk menyatukan usaha-usaha memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pengajian Islam yang diintegrasikan dengan pengajian STEM merupakan suatu bentuk usaha yang unik dan perlu diarusperdanakan. Usaha-usaha di peringkat universiti dalam mewujudkan pengajian yang merangkumkan pelbagai disiplin amat-amat dialu-alukan oleh Penggerak STEM Kebangsaan. Pendekatan multidisiplin dan transdisiplin melibatkan bidang Pengajian Islam dan bidang-bidang di bawah STEM wajar dirancakkan pada peringkat pembangunan kurikulum di peringkat universiti.

Penganjuran muzakarah ini juga menunjukkan bahawa IKIM serius dalam memperkasa pendidikan STEM di Malaysia dengan melibatkan ahli-ahli akademik dalam bidang pengajian Islam untuk membincangkan perkara ini. Hal ini juga membuktikan bahawa IKIM dan Penggerak STEM Kebangsaan sentiasa bergerak seiringan ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu memperkasakan pendidikan STEM di negara ini.

OBJEKTIF
1. Mengumpul maklumat terkini mengenai pelaksanaan pengajian yang menggabungkan aliran sains dan agama di Malaysia.
2. Mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti yang menjalankan program-program penyepaduan agama dan sains.
3. Mencadangkan penambahbaikan terhadap program-program integrasi untuk lebih berdaya saing dan mampan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.