|
|
|
|
|
|
Jumaat 10/08/2018
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KERJASAMA PROMOSI BAYARAN CARUMAN/FCLB/KOMPAUN SECARA FPX MELALUI PORTAL ASSIST PERKESO
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Pelancaran Kerjasama Promosi Bayaran Caruman/FCLB/Kompaun secara FPX Melalui Portal Assist PERKESO seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 14 Ogos 2018
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Utama, Aras 8, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Perasmian Oleh : YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman B. Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO
PERKESO sedang menjalinkan usahasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) dan RHB Bank dalam usaha mempromosikan penggunaan bayaran caruman secara FPX melalui portal ASSIST PERKESO kepada semua majikan di seluruh negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila
Tel : 012-604 0964
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|