ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 19/09/2018

JEMPUTAN: MAJLIS ANUGERAH AGROPRENEUR AGROBANK 2018

Agrobank akan menganjurkan Anugerah Agropreneur Agrobank (3A) 2018 bagi meraikan kejayaan lapan (8) usahawan tani. Anugerah ini akan disampaikan oleh YB Dato' Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank dan Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 20 September 2018

Masa : 10:00 pagi - 1:00 petang

Tempat : Grand Pullman Ballroom, Pullman Hotel, Kuala Lumpur

Sila klik disini untuk Program dan Peta Pullman Hotel

Untuk makluman, objektif 3A dilaksanakan adalah bertujuaan untuk meraikan pelanggan berjaya Agrobank dalam 8 kategori. Berikut adalah 8 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Agropreneur Muda
2. Anugerah Agropreneur Mikro
3. Anugerah Agropreneur Orang Kurang Upaya
4. Anugerah Agropreneur Wanita
5. Anugerah Agropreneur Inovasi
6. Anugerah Pelanggan Setia (Individu)
7. Anugerah Pelanggan Setia (Syarikat)
8. Anugerah Agropreneur Cemerlang

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam, Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101 766

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.