ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Khamis 20/09/2018

SEMINAR KEBANGSAAN ISU & CABARAN DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Isu & Cabaran Dalam Hubungan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 24 September 2018

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Sila klik disini untuk Program

Pengenalan

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang budaya yang hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini adalah satu keunikan yang sepatutnya diraikan dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Keharmonian dan kemajmukan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

Namun, sebagai sebuah negara yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan namun berbilang kaum dan budaya, masyarakat Malaysia kadangkala berhadapan dengan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian. Isu-isu ini selalunya menyentuh soal-soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Seminar Kebangsaan "Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk Di Malaysia" bertujuan memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk berbincang tentang perkara ini demi memupuk budaya berdialog yang sihat agar bibit-bibit prasangka dapat dikurangkan manakala semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia dipupuk. Pada masa yang sama, prinsip murni rahmatan lil 'alamin pula dapat dizahirkan.

Antara objektif seminar ini adalah.:

i. Menyediakan ruang bagi penjelasan perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian kepada masyarakat;

ii. Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) dalam usaha meningkatkan interaksi positif dalam masyarakat majmuk Malaysia;

iii. Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama dapat membantu menangani isu-isu sejagat, yang menggugat umat manusia secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.