ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
 
 

Jumaat 19/10/2018

"BENGKEL PENGURUSAN EMOSI DALAM ORGANISASI"

Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pengurusan emosi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan "Bengkel Pengurusan Emosi Dalam Organisasi" seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa-Rabu 23-24 Oktober 2018

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Besar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sila klik di sini untuk Program

Pengenalan

Pada umumnya, emosi ialah satu reaksi dalaman yang mempunyai kualiti ekspresif dan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku individu. Emosi boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu dan individu terbabit juga mampu untuk mengawal reaksi emosinya. Namun perkara ini amat mengelirukan manusia lantaran ketidakfahaman terhadap fitrah kejadian manusia itu sendiri lalu mengakibatkan ramai individu yang tidak mampu dalam mengawal emosi, malah sebaliknya dikawal oleh emosi mereka sendiri. Terdapat dua jenis emosi iaitu negatif atau positif yang tergolong ke dalam dua kategori, sama ada membina atau merosakkan. Emosi yang tidak diurus dengan baik akan mengakibatkan masalah bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah lebih mencabar lagi apabila berada dalam suatu cabaran atau proses membuat keputusan. Keadaan ini akhirnya menjejaskan atau mengurangkan produktiviti atau prestasi sebagai seorang pekerja Muslim.Sudah banyak program yang dianjurkan mengenai stres. Namun berapa ramai antara kita yang betul-betul faham maksud sebenar stres dan berapa ramai pula antara kita yang mampu mengawalnya?

Dalam konteks organisasi, apa yang penting adalah kesedaran akan pengurusan emosi terhadap tugasan yang digalas merupakan suatu ibadah yang memerlukan komitmen dan intergriti yang tinggi. Dengan kemahiran pengurusan emosi yang ada pada diri setiap warga kerja, ia bukan sahaja dapat memacu kecemerlangan diri, tetapi juga organisasi.

Objektif

Bengkel ini akan:

i) Memberikan kefahaman tentang pengurusan emosi dari sudut Islami dan konvensional yang baik kepada peserta;

ii) Mendedahkan kepada peserta terhadap keperluan memiliki kecerdasan emosi yang baik sebagai komponen penting pengurusan emosi;

iii) Meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik pengurusan emosi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan bengkel tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.