ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Jumaat 19/10/2018

HARI AMAL BANK ISLAM 2018

SEJUMLAH RM200,000 DIPERUNTUKKAN UNTUK HARI AMAL BANK ISLAM 2018


Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan menganjurkan program Hari AMAL Bank Islam 2018, satu program Tanggungjawab Korporat di mana warga Bank Islam termasuk Pengurusan turun padang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan disetiap negeri di seluruh negara. Program ini akan dilaksanakan secara serentak di 14 lokasi di seluruh negara dengan hasrat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di samping menggalakkan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya di kalangan warga kerja Bank Islam.

Program untuk negeri Selangor akan diadakan di Rawang di mana warga Bank Islam akan menziarahi dan bergotong-royong membersih serta menceriakan Pusat Jagaan Titian OKU Nur, pusat khidmat penjagaan 24 jam kepada golongan warga emas dan OKU yang mempunyai masalah mental yang tidak merbahaya.

Program ini akan turut dihadiri oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 20 Oktober 2018

Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Jagaan Titian OKU Nur,
No. 78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16,
48000 Rawang, Selangor


PROGRAM

8.00 pagi : Ketibaan warga kerja Bank Islam dan media

: Sarapan pagi

8.30 pagi : Bacaan Doa

: Taklimat ringkas dan pembahagian tugas

9.20 pagi : Aktiviti gotong-royong bermula

: Aktiviti permainan

: Penyampaian sumbangan Bank Islam kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur

: Jamuan tengah hari

1.00 petang : Majlis dijangka selesai


Pakaian: Kemas

Latarbelakang Penerima Manfaat

Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini menyediakan khidmat penjagaan 24 jam kepada golongan warga emas dan OKU mental yang memerlukan dan juga perkhidmatan penjagaan secara harian (pagi hingga petang)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Bank Islam Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel : 019-3394491 / 03-2782 1232)

Nama : Encik Omar Atin
Tel : 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks : 03-2781 2998

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.