ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 12/12/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS ZAKAT KORPORAT 2018

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2018.

Pada majlis tersebut dianggarkan 10 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan yang akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff.

Justeru, kami dengan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan media bagi membuat liputan majlis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 19 Disember 2018

Masa : 2.15 petang

Tempat : Bilik Satria 1, Tingkat 3, Hotel Dorsett Putrajaya



Program

2.15 petang - Ketibaan tetamu

2.30 petang - Ketibaan YB Puan Hajjah Fuziah Binti Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2.35 petang - Aluan Pengacara majlis

- Bacaan Doa

2.40 petang - Ucapan oleh Datuk Hj Che Mat Che Ali
Pengerusi PPZ-MAIWP

- Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2018

- Sesi Bergambar

3.10 petang - Ucapan oleh YB Puan Hajjah Fuziah Binti Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3.20 petang - Sidang Media

3.30 petang - Jamuan Tengahari

4.00 petang - Majlis Tamat


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.