ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 18/01/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PRA PELANCARAN & SIDANG MEDIA SEMPENA SIDANG KEMUNCAK DUNIA MENGENAI SENI DAN BUDAYA KALI KE-8, KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama International Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA) akan melaksanakan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya Kali Ke-8. Sehubungan itu, satu majlis pra-pelancaran dan sidang media mengenai perkara tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 22 Januari 2019

Masa : 2.30 petang

Tempat : Hotel Dorsett Putrajaya
Lot 3, 3C5, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 3, 62200 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya


Sila klik disini untuk Program.

IFACCA adalah rangkaian global yang menggabungkan Majlis-Majlis Seni dan Kementerian-Kementerian Kebudayaan dengan ahli terdiri daripada 63 buah negara. Tema bagi persidangan ke-8 ini adalah Mobile Minds Culture, Knowledge and Change. Persidangan ini diadakan adalah untuk mempromosikan, menguar-uarkan IFACCA 2019 kepada orang ramai khususnya media, pembuat dasar seni dan budaya negara serta mewujudkan kesedaran warisan seni dan budaya negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Ezlina Alias
Tel: 012-2823461

Nama: Encik Nik Mohd Fadly
Tel: 013-3822115

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.