ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 18/04/2019

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA HARI BERTEMU PELANGGAN MOA 2019 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan MARDI akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Tahun 2019 Negeri Kedah dan Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 21 April 2019

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, Kedah


Google Maps: https://goo.gl/maps/G7KmPyBQt8obggZD7

Program

9.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan

9.45 pagi: Ketibaan
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

10.00 pagi: Ketibaan
YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Bin Hassan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

: Lawatan ke reruai Jabatan/Agensi MOA & Usahawan

10.30 pagi: MAJLIS PERASMIAN HARI BERTEMU PELANGGAN
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI TAHUN
2019 NEGERI KEDAH, ANJURAN MARDI

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan oleh;
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

Ucapan perasmian oleh;
YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Bin Hassan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Pelancaran buku "Coffee Table MARDI Langkawi"

Penyerahan geran Agropreneur Muda

Penyampaian cenderahati

Lawatan ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

Sidang media

11.30 pagi: Minum pagi/Bersurai


Pelbagai pengisian akan dimuatkan termasuklah pameran teknologi dan aktiviti oleh Jabatan/Agensi MOA, demonstrasi pertanian, jualan benih dan anak pokok, jualan produk tani dan kraftangan, pertunjukan budaya dan sebagainya. Disamping itu, tapak acara berkenaan iaitu TATML juga menampilkan pusat ekopelancongan yang meliputi 25 hektar dusun buah-buahan tempatan, kebun sayur berteknologi tinggi serta kawasan rekreasi yang digemari oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Tahun 2019 Negeri Kedah tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.