ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 17/05/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA IFTAR@KL 2019

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan IFTAR@KL 2019 sepanjang Ramadan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 11 & 12, 18 & 19, 25 & 26 Mei 2019. Program bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Hadapan Panggung Bandaraya, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara pengisian IFTAR@KL 2019 adalah Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai, Agihan Bubur lambuk percuma, Tazkirah Ramadan, Konsert Ramadan, Kaunter Zakat, Klinik Tahsin Al-Quran, Moreh dan macam-macam lagi. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah juga diadakan di sepanjang program Iftar@KL 2019 berlangsung. Majlis IFTAR@KL 2019 ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.

Hari/Tarikh : Sabtu & Ahad 18 dan 19 Mei 2019

Masa : 6.00 petang

Tempat : Hadapan Panggung Bandaraya,
Dataran Merdeka, Jalan Raja,
Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Nik Mohd Fadly
Tel : 013-3822115

Nama : Puan Eldawati
Tel : 019-8091805

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.