PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

September 20, 2019 -Jumaat

 
 
 

Rabu 11/09/2019

FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA@KUALA LUMPUR WARNAI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2019

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 September 2019 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk mengangkat dan menghidupkan kembali aktiviti seni permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyarakat bandar yang mana pengalaman ini juga boleh dikongsi bersama oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Penganjuran festival ini adalah merupakan penganjuran kali ke-lima (5) dan ianya merupakan kesinambungan dari kejayaan pelaksanaan program yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2019 akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Abd Samad, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan seperti butiran berikut :

Hari/Tarikh: Ahad 15 September 2019

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Jadual Program 14 September 2019

Sila klik di sini untuk Jadual Program 15 September 2019

Sila klik di sini untuk Jadual Program 16 September 2019

Turut hadir sama bagi meriahkan majlis perasmian ialah Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.

Table

Wakil media dan bloggers adalah dijemput untuk menyaksikan dan membuat liputan serta hebahan program ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my
Tel: 013-382 2115

Nama: Eldawati binti Laung
Emel: eldawati@jkkn.gov.my
Tel: 019-8091805

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.