ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 18/10/2019

HARI AMAL BANK ISLAM 2019

RM200,000 DIPERUNTUKKAN UNTUK AKTIVITI AMAL DI SELURUH NEGARA

Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan menganjurkan program Hari AMAL Bank Islam 2019, satu program Tanggungjawab Korporat di mana warga Bank Islam termasuk ahli Pengurusan turun padang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan menyampaikan sumbangan dan zakat (mengikut kelayakan) di setiap negeri di seluruh negara. Program ini bakal dilaksanakan secara serentak di 15 lokasi di seluruh negara dengan hasrat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan alam sekitar di samping menggalakkan semangat kesukarelawanan di kalangan warga kerja Bank Islam.

Di negeri Selangor, lokasi program ini adalah di Hospital Selayang, di mana warga Bank Islam akan melakukan aktiviti seperti membuat lukisan dinding (mural), menceriakan ruang menunggu dengan sudut bacaan kanak-kanak, mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pelawat dan kakitangan, mengemas dan membersihkan surau wanita dan lelaki. Turut diadakan adalah Ziarah AMAL di mana penyampaian sumbangan hamper kepada pesakit-pesakit di wad pediatrik serta hadiah kepada anggota jururawat serta doktor yang bertugas.

Program ini akan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Encik Mohd Muazzam Mohamed, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Dr. Sakinah Alwi, Pengarah Hospital Selayang.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 19 Oktober 2019

Masa: 10:30 pagi - 1:30 petang

Tempat: Lobi Utama, Hospital Selayang, Lebuhraya Selayang-Kepong,
68100 Batu Caves, Selangor


Sila klik disini untuk PROGRAM

Dikeluarkan bagi pihak Bank Islam Malaysia Berhad

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: BIMB Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232

Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.