|
|
|
|
|
|
Rabu 11/12/2019
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BAITI JANNATI (PBJ) DAN PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) TNB 2019 DENGAN KERJASAMA PKNS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Penyerahan Projek Baiti Jannati (PBJ) Dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Tnb 2019 Dengan Kerjasama PKNS seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 13 Disember 2019
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Dewan Aster, Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PKNS Shah Alam
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Penyerahan Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi menyerahkan 'mock key' kepada tujuh (7) penerima.
Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS YBhg. Puan Hajah Siti Zubaidah binti Haji Abdul Jabar serta Ketua Pegawai Korporat TNB YBhg. Datuk Wira Roslan Ab Rahman.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohamad Fadhli Bin Hamim
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 013-3969406
E-mel: fadhli.hamim@pkns.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|