|
|
|
|
|
|
Rabu 08/04/2020
PENANGGUHAN JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA DARI MAIWP BAGI PENYERAHAN SUMBANGAN PPE KEPADA NADMA
Dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terpaksa MENANGGUHKAN jemputan liputan media kepada rakan-rakan media bagi program Penyerahan Sumbangan PPE Kepada NADMA pada Khamis 9 April 2020, 11.30 Pagi di agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA MALAYSIA) Aras 7, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA.
Penangguhan ini adalah bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan untuk menghadkan kehadiran di program tersebut. Justeru jemputan liputan media dan makluman terkini mengenai program ini akan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat NADMA.
Kesulitan yang timbul amat dikesali.
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
8 April 2020
SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tel: 019-6644369
E-mel: wfadhli@maiwp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|