ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 10/07/2020

BELAJAR & KHATAM AL-QURAN DALAM 12 MINGGU

Dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan program pengajian Al-Quran "Jom Celik Al-Quran" bermula Julai hingga September 2020.

Salah satu daripada program Celik Al-Quran adalah membetulkan bacaan Al-Quran dan akhirnya para peserta akan khatam Al-Quran dalam tempoh pengajian selama 12 minggu menerusi kelas pada Sabtu & Ahad.

Sehubungan itu, wakil-wakil media dijemput untuk hadir membuat liputan media pelancaran "Jom Celik Al-Quran" anjuran MAIWP yang akan diadakan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 13 Julai 2020

Masa: 2.00 petang

Tempat: Dewan Seminar, Aras 1
MAIWP, Bangunan PERKIM,
Jalan Sultan Azlan Shah 52100 Kuala Lumpur

Perasmi: YBhg. Dato' Sri Syed Hussien AlHabshee
Pengerusi MAIWP



Program

2.00 petang: Ketibaan Tetamu Jemputan

2.20 petang: Ketibaan
YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP


2.30 petang: Ketibaan
YBhg. Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


: Bacaan Doa

: Bacaan Al-Quran Oleh:
Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Bin Abdullah
(Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016)


: Ucapan Dari Wakil IPaQ

: Ucapan Perasmian Oleh
YBhg. Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


: Pelancaran Jom Celik Al-Quran

: Penyerahan Sijil dan Cenderahati
- Cenderahati kepada Wakil Peserta
- Sijil Penghargaan Kepada Ikon / Selebriti
- Cenderahati kepada Perasmi

: Tayangan Video Montaj

: Sesi Bergambar

: Sidang Media

: Jamuan dan Bersurai


Program ini akan turut melibatkan penyertaan selebriti seperti Adam Corie, Ust Rusydi Al-Jauhari, Saudari Nisdawati, Zila Bakarin, Heliza Helmi dan Hazwani Afiqah.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tel: 019-6644369
E-mel: wfadhli@maiwp.gov.my

Nama: Nur Najihah binti Abdullah Sampit
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tel: 019-2043200
E-mel: najiha@maiwp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.