PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Ogos 11, 2020 -Selasa

 
 
 

Rabu 29/07/2020

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG PKNS 2020

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang PKNS 2020 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 4 Ogos 2020

Masa: 9 Pagi

Tempat: Dewan Aster, Tingkat 4, Blok A, Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang PKNS 2020 yang akan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya.

Majlis tahunan ini khusus diadakan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada 82 orang warga kerja PKNS yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019, dan 27 orang anggota yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta 29 orang bakal pesara dan juga persara tahun 2020.

Program

9.00 Pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan

: (Pendaftaran)

10.00 Pagi: Ketibaan Ahli Pengurusan PKNS

10.05 Pagi: Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

10.10 Pagi: Ketibaan Y.B. Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya D.P.M.S., B.C.M., B.K.T.,P.J.K.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

: Nyanyian Lagu Negeri Selangor, Negaraku Dan PKNS

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan
Y.Bhg. Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain
D.S.I.S, A.M.N, A.M.S
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

: Ucapan Perasmian
Y.B. Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya D.P.M.S., B.C.M., B.K.T.,P.J.K.

: Penyampaian Sijil Dan Cenderamata Kepada:

- Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Pesara Dan Pasangan
- Penerima Anugerah Perkhidmatan Lama
-30 Tahun
-25 Tahun
-20 Tahun

: Jamuan Makan di Palma Signature

12.00 Tengah hari: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.