PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 21, 2021 -Rabu

 
 
 

Selasa 06/04/2021

JEMPUTAN: MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA AGROBANK & MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION (MTDC)

Dimaklumkan, Agrobank dengan kerjasama MTDC akan menganjurkan majlis menandatangani satu perjanjian persefahaman pada 7 April 2021. Perjanjian ini bertujuan untuk membangunkan kira-kira 200 usahawan dibawah program pembangunan usahawan MTDC i4.0 dengan pembiayaan kewangan oleh Agrobank sebanyak RM20juta.

Acara ini akan dihadiri YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Maklumat acara adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 7 April 2021

Masa: 2.00 petang

Tempat: Tingkat 7, Bilik Sidang Media
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
Putrajaya


Program

2:00 petang : Ketibaan Tetamu & Media

2:30 petang : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

- Kata - kata aluan Pengerusi Majlis

- Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman diantara Agrobank & Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

- Penyampaian cenderahati

- Sidang Media

3:30 petang : Minum petang

4:00 petang : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut.

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shahreen Rahim
Section Head Public Relations
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.