ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  UTEM - INFINEON MANTAPKAN KERJASAMA MAMPAN UNIVERSITI AWAM DAN SYARIKAT MULTINASIONAL BERTARAF DUNIA

Tuesday 16/05/2017



KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Infineon Technologies Sdn. Bhd. (Infineon) komited dalam mengukuhkan kerjasama dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran dan peluang pekerjaan bagi para graduan UTeM untuk terus dinamik dan relevan dengan kehendak industri masa kini.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Prof. Dr. Goh Ong Sing berkata, kerjasama bersama Infineon ini telah dilaksanakan bermula dari tahun 2011 lagi melalui Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) yang mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Tambah beliau, kerjasama tersebut telah mengorak beberapa inisiatif hebat bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran dan peluang pekerjaan dengan penganjuran Minggu UTeM-Infineon dan Program Latihan Industri.

"Kerjasama ini juga menggandingkan UTeM dan Infineon dalam bidang pendidikan, latihan teknikal, penyelidikan, kebolehpasaran disamping peluang pekerjaan serta pelbagai aktiviti lain yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak".

"Kerjasama yang diadakan tidak hanya merangkumi kepada graduan semata, namun ianya juga dijayakan dengan bantuan ahli akademik melalui fakulti mereka sendiri", jelas beliau.

Beliau menambah, dalam perkembangan berkaitan, acara tahunan iaitu Minggu UTeM-Infineon 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 Mei yang lalu bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh dengan pengisian pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pertandingan poster, sesi temu duga pelajar, ceramah kerjaya dan lain-lain lagi.

Tambah beliau lagi, program tahunan ini masih lagi mengekalkan objektif utamanya iaitu untuk memberikan pendedahan kepada pelajar UTeM dalam bidang berkaitan kemajuan teknologi yang diiktiraf seluruh dunia yang sedia diguna pakai oleh infineon.

"Minggu UTeM-Infineon kali ini berjaya menarik minat hampir 3,000 orang pelajar untuk hadir dan mengambil bahagian terutamanya pada pertandingan dan sesi temu duga.  Momentum program ini masih lagi memberansangkan dan sentiasa meningkat setiap tahun dalam mencapai objektif yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak", jelas beliau lagi.

Sementara itu Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib mengulas, UTeM terus merangka beberapa kerjasama hebat lagi dengan pihak industri sebagai usaha berterusan UTeM dalam merancakkan lagi peningkatan penyelidikan dan inovasi serta peluang kebolehpasaran graduan universiti ini.

Tambah beliau, dapatan daripada pihak industri sedikit sebanyak dapat mengukuhkan lagi corak pembelajaran dan pengajaran universiti ini agar selari dan bertepatan dengan kehendak pasaran industri dari dalam dan luar negara.

SUMBER : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Mohd Khairulhusaini bin Mohd Saad
Tel : 06-3316196 / 013-6485172

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.