ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DRAMA KHAS RAMADAN 'SESUCI TAUTAN RAMADAN' TERBITAN IKIMFM

Tuesday 16/05/2017



KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan menerbitkan Drama Khas Ramadan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia pada tahun 1438/2017 ini. Drama ini mendapat penajaan daripada Muslim Care Malaysia.

Tahun ini merupakan tahun kelima IKIMfm menerbitkan Drama Khas Ramadan yang telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan para pendengar radio IKIMfm sepanjang penerbitannya. Pada tahun lepas 2016, Drama Khas Ramadan berjudul “Seindah Langit Ramadan”, IKIMfm telah memenangi Anugerah Sri Angkasa untuk kategori Pelakon Drama Radio Terbaik yang dibawakan oleh Fizz Fairuz.

Rancangan Drama Khas Ramadan “Sesuci Tautan Ramadan” yang skripnya ditulis oleh penulis skrip drama TV berpengalaman iaitu Puan Sharifah Faneeza Sayed Yeop ini akan disiarkan sebanyak 20 episod bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017, setiap Isnin hingga Jumaat jam 4.15 petang.  Ia diterbitkan oleh Puan Hajjah Nik Hasnah Ismail.

Dengan tajuk ‘Sesuci Tautan Ramadan’, drama bersiri ini mengangkat tema kekeluargaan dan hubungan sejagat sesama manusia. Drama ini akan dijayakan oleh barisan pelakon profesional iaitu pelakon popular Ashraf Muslim yang memegang watak utama sebagai Amru Mirza, pelakon wanita Mardiana Alwi yang memegang watak sebagai Yasmin, dan pelakon Diana Amir sebagai Suraya, dengan turut dibantu barisan penyampai IKIMfm selaku pelakon pembantu.

Drama ini mengisahkan tentang persahabatan dua orang wanita yang berbeza latar belakang. Suraya berhasrat untuk berkahwin muda dengan seorang lelaki bernama Amru Mirza, namun mendapat bantahan keras dari sahabat karibnya Yasmin kerana menganggap lelaki tersebut bukan calon sesuai untuk perempuan sebijak dan sebaik Suraya. Walaubagaimanapun, tidak ada siapa yang boleh melawan takdir, akhirnya Suraya berkahwin juga dengan Amru Mirza. Namun, jodoh mereka tidak panjang kerana sikap tidak bertanggungjawab Amru Mirza menyebabkan mereka bercerai. Menyedari tentang kesilapan yang pernah dilakukan, Amru Mirza bertekad untuk berubah menjadi lelaki yang lebih baik demi anaknya bersama Suraya, iaitu Sumayyah. Takdir telah menemukan Amru Mirza dengan Yasmin yang menjadi ‘ibu angkat’ kepada anaknya yang ditinggalkan Suraya kerana mahu menyambung pelajaran dan cita-citanya di luar negara. Konflik berlaku antara mereka bertiga apabila Sumayyah menjadi taruhan ketika masing-masing mengejar  untuk membina kebahagiaan. Ikuti sejauh mana persahabatan mereka diuji dalam konflik ini.


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat                     
Tel : 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama : Pn. Zawiah
Tel : 019-3334253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 019-276 8003

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.