ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  WEX TANDATANGANI URUS JANJI PEMPROSESAN KAD BAHAN API JANGKA PANJANG PELBAGAI NEGARA DENGAN CHEVRON

Wednesday 17/05/2017



MELBOURNE, Australia, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WEX Card Australia Pty Ltd, sebuah anak syarikat milik  WEX Inc. (NYSE: WEX), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran korporat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani dua perjanjian penting dengan Chevron International Pte. Ltd.

Chevron, sebuah syarikat tenaga bersepadu yang terkemuka di dunia, telah memilih WEX untuk membangun, menyokong dan menguruskan sebuah platform pemprosesan kad bahan api untuk Chevron di lima buah negara iaitu, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Filipina. Asas kedua di dalam perjanjian itu termasuk satu perjanjian untuk memproses kad bahan api Chevron untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Perjanjian-perjanjian ini adalah bukti kepada keupayaan perniagaan WEX di rantau Asia Pasifik. Kita semakin melihat WEX adalah pembekal pilihan bagi kad bahan api untuk syarikat-syarikat minyak utama di rantau itu," kata George Hogan, Naib Presiden Kanan Antarabangsa WEX. "Perjanjian ini menunjukkan bahawa kami mampu menyiapkan projek-projek yang rumit dan penyelesaian utama bagi rakan kongsi kami untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada fungsi teras mereka yakni mendapatkan bahan api kepada pelanggan mereka."

Walaupun WEX telah mengembangkan kehadirannya di Asia, perjanjian baharu ini merupakan pengembangannya ke dalam tiga negara tambahan di rantau itu bagi cabang perniagaan bahan api khususnya di Malaysia, Thailand dan Filipina.

Maklumat mengenai WEX Inc.

WEX Inc. (NYSE: WEX) adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran korporat. Daripada permulaannya di dalam pembayaran kad kumpulan bermula pada tahun 1983, WEX telah memperluaskan skop perniagaan mereka untuk menjadi sebuah pembekal pelbagai saluran bagi penyelesaian pembayaran korporat yang mewakili lebih 10 juta kenderaan dan menawarkan keselamatan pembayaran yang luar biasa dan kawalan merentasi sebuah spektrum sektor perniagaan yang luas. WEX memberikan perkhidmatan kepada satu set pelanggan dan rakan-rakan global melalui operasi mereka di seluruh dunia, dengan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Brazil, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Norway, dan Singapura. WEX dan anak syarikatnya mempunyai lebih 2,700 syarikat bersekutu. Syarikat itu telah didagangkan secara awam sejak tahun 2005, dan disenaraikan di Bursa Saham New York di bawah simbol ticker "WEX." Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.wexinc.com dan ikut WEX di Twitter di @WEXIncNews.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai WEX Australia, sila layari www.wexaustralia.com.

Maklumat mengenai Chevron

Chevron Corporation adalah satu daripada syarikat tenaga bersepadu yang terkemuka di dunia. Melalui anak-anak syarikatnya yang menjalankan perniagaan di seluruh dunia, syarikat itu terlibat di dalam hampir setiap aspek industri tenaga. Chevron menerokai, menghasilkan dan mengangkut minyak mentah dan gas asli; menapis, memasar dan mengedar bahan api pengangkutan dan pelincir; mengeluar dan menjual petrokimia dan bahan tambahan; menjana kuasa; dan membangun dan mengatur teknologi yang meningkatkan nilai perniagaan di dalam setiap aspek operasi syarikat. Chevron berpangkalan di San Ramon, Calif.
Maklumat lanjut mengenai Chevron boleh diperolehi di www.chevron.com.

Hubungi
WEX Inc.
Hubungan media berita:
Robert Gould, 207-523-7429
Robert.Gould@wexinc.com
atau
WEX Asia Pasifik
Hubungan media berita:
Susan Nicholson, +61 417 061 722
susan.nicholson@wexaustralia.com


Sumber: WEX Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170516006511/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.