ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PELANCARAN PELURU BERPANDU BALISTIK OLEH REPUBLIK RAKYAT DEMOKRATIK KOREA PADA 14 MEI 2017

Wednesday 17/05/2017



PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada 14 Mei 2017. Malaysia berasa amat gusar atas tindakan DPRK yang secara jelas mencabuli resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Malaysia menggesa DPRK supaya menghentikan sebarang ujian nuklear dan peluru berpandu dan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab antarabangsanya di bawah resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.
 
Pelancaran peluru berpandu oleh DPRK ini hanya akan meningkatkan ketegangan serantau dan menghalang usaha untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara amnya. Ia juga menjejaskan usaha global untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
 
Dalam hal ini, Malaysia menyeru DPRK kembali komited terhadap dialog dan rundingan bagi tujuan mencapai keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa secara amnya. 

Sumber : Kementerian Luar Negeri 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI 
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.