ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ADDIVANT UMUMKAN SURCAJ SEMENTARA KE ATAS SIRI ANTIOKSIDAN BERIKUTAN KEKURANGAN ISOBUTILENA YANG TERUK DI EROPAH

Friday 19/05/2017



DANBURY, Conn., Mei 19 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Berikutan kekurangan isobutilena secara mendadak di Eropah yang bermula pada bulan Mac 2017, Addivant™, iaitu peneraju global dalam bahan tambahan polimer, akan mengenakan surcaj harga 25% sementara pada senarai Antioksidan yang berikut: ANOX®IC-14, LOWINOX®1790, LOWINOX®22IB46, LOWINOX®22M46, LOWINOX®44B25, LOWINOX®CA-22, LOWINOX®CPL, LOWINOX®TBM6, LOWINOX®ROSIN6 and LOWINOX®TBP6. Surcaj sementara ini akan berkuat kuasa serta-merta. Addivant telah mengambil dan akan meneruskan langkah penting untuk mengurangkan impak ke atas ketersediaan produk ini dan kekal komited untuk mengekalkan penghantaran yang tidak terganggu kepada pelanggannya.

Mengenai Addivant™
Addivant™ adalah peneraju dalam bidang bahan tambahan polimer yang membangunkan penyelesaian tersuai yang memberikan pelanggan prestasi aplikasi yang dipertingkat, pengendalian yang selamat dan pengurangan kos penggunaan. Syarikat ini diiktiraf di seluruh industri kerana portfolio bahan tambahan istimewanya yang menyeluruh termasuk antioksidan, penstabil ringan, bahan tambahan getah, pengubah suai polimer, penyahaktif besi, perencat dan perantara pempolimeran. Addivant adalah syarikat antarabangsa yang memiliki 11 buah loji di lima rantau serta kemudahan penyelidikan, pembuatan dan jualan di seluruh dunia. Addivant mengekalkan ibu pejabat globalnya di Connecticut, AS dengan ibu pejabat serantau di: Al Jubail, Arab Saudi, Basel, Switzerland dan Shanghai, China. Addivant merupakan syarikat portfolio bebas bagi SK Capital. Lawati https://www.addivant.com/about-us untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Addivant™, ANOX® dan LOWINOX® adalah tanda dagangan Addivant.

Maklumat Hubungan:
Beverly Kindermann
Beverly.Kindermann@addivant.com
Tel: +1 203 702 6182

SUMBER : Addivant

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.