ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ​NTT COM LANCAR PUSAT DATA MUNICH 2 DI JERMAN

Friday 19/05/2017



TOKYO, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO:9432), hari ini mengumumkan bahawa "Pusat Data Munich 2 Jerman" (Munich 2) telah dibuka, berkuatkuasa serta merta, di Unterschleißheim, sebuah pinggir bandar di Munich, Jerman yang terletak 16km dari pusat bandar raya. Kemudahan itu berada di bawah pengurusan e-shelter, sebuah syarikat NTT Com dan operator pusat data dan pembekal perkhidmatan yang terkemuka di Eropah.
 
Munich 2 setinggi dua tingkat itu di peringkat awal menawarkan 2,800 meter persegi ruang server, bersamaan dengan 1,100 rak, yang dijangka berkembang kepada 5,600 meter persegi. Kemudahan itu beroperasi di bawah jenama Nexcenter™ NTT Com, yang merangkumi perkhidmatan pusat data 24/7 di lebih 140 pangkalan di seluruh dunia.
 
e-shelter, yang dikenali sebagai "penempatan untuk awan," disertai oleh pelanggan, rakan, media dan pemimpin masyarakat untuk meraikan pembukaan pusat data mereka yang kedua di Munich. Majlis itu termasuk ucapan alu-aluan oleh Datuk Bandar Unterschleißheim, Christoph Böck.
 
Munich 2, contoh terbaharu bagi pertumbuhan e-shelter yang berterusan, mengikuti pelancaran pada pertengahan April bagi makmal inovasi e-shelter yang sangat dinanti-nantikan di Frankfurt. e-shelter menjangka untuk membuka pusat data tambahan di Eropah pada tahun ini.
 
Fungsi penjimatan tenaga dan sangat boleh dipercayai
Munich 2 menyampaikan perkhidmatan pusat data berasaskan kepada lebih 300 standard global disatukan yang kemudahan Nexcenter™ telah laksanakan untuk peralatan dan operasi. Kemudahan itu telah menerima pakai piawaian tertinggi industri untuk memastikan ketersediaan dan penjimatan tenaga yang tinggi. e-shelter mereka bentuk struktur itu untuk menyesuaikan diri secara fleksibel terhadap perubahan alam sekitar dan pengembangan masa hadapan. Persekitaran yang stabil dan selamat dijamin dengan peralatan elektrik dan bekalan kuasa berlebihan untuk penyaman udara. Keselamatan dan kelengkapan telekomunikasi yang canggih memenuhi perusahaan yang memerlukan bagi kebolehpercayaan muktamad, seperti institusi kewangan. Munich 2 mencapai  penjimatan tenaga yang unggul dengan adanya teknologi terkini bagi penyejukan yang cekap dan kawalan automatik untuk laluan penyejukan air dan jumlah dengan memanfaatkan akses kepada penyejukan air bawah tanah yang terdapat sepanjang tahun di negara itu, serta kawalan automatik bagi penggunaan elektrik yang digambarkan dengan program asal e-shelter.
 
Langkah-langkah ketat untuk pengurusan operasi dan keselamatan
Munich 2 menyediakan sistem pelanggan dengan perlindungan teguh yang berdasarkan kepada proses operasi standard dan keselamatan pelbagai fasa. Kakitangan dalaman, bukan pembekal luar, menjalankan pengurusan risiko dan tugas-tugas penting yang lain secara menyeluruh, termasuk pemantauan 24/7 ke atas infrastruktur utama dan menyemak dua kali proses keselamatan oleh dua kakitangan. Pelanggan boleh meminta langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memasuki bilik server, dan sebagainya dengan mengawal akses dengan pelbagai fasa kad IC dan pengesahan biometrik. Kemasukan kemudahan tanpa kebenaran dihalang dengan kamera dalaman dan luaran, sensor di sekeliling bangunan dan satu halangan jalan untuk kereta-kereta yang menghampiri.
 
Persekitaran rangkaian berkualiti tinggi
Munich 2 menyediakan litar daripada lebih 10 pembekal dengan menggunakan laluan yang berbeza. Di samping itu, kesemua litar disalin di dalam bilik pertemuan khas bagi antara sambungan pembekal telekomunikasi, bilik server dan rak rangkaian. Pelanggan boleh menggunakan maksimum 10Gbp litar internet dan pelbagai rangkaian pembawa berkecuali, serta membina persekitaran ICT yang lancar dengan menggabungkan pusat data NTT Com dan perkhidmatan awan di seluruh dunia.
 
Latar belakang
Di Eropah, NTT Com menyampaikan perkhidmatan pusat data di Austria, Perancis, Jerman, Sepanyol, Switzerland dan United Kingdom (lihat Lampiran 1). Di Jerman, NTT Com telah secara aktif memperluaskan pangkalannya di dalam pasaran pusat data di negara itu yang sibuk yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat kewangan, perisian, automotif, elektrik dan penerbitan.
 
Sila lihat Lampiran 2 untuk maklumat lanjut mengenai Munich 2.
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Maklumat mengenai e-shelter
e-shelter adalah satu daripada pengendali pusat data terkemuka di Eropah, dengan menyediakan persekitaran yang sangat selamat untuk perumahan dan sambungan IT dan sistem rangkaian. Dengan mempunyai kehadiran di semua pasaran bandar raya yang penting di wilayah DACH, e-shelter memanfaatkan 300 MW kapasiti kuasa dan 90,000 meter persegi ruang pusat data untuk menyampaikan penyelesaian pusat data yang berskala. Sebagai ahli NTT Communications Group, e-shelter menyediakan akses kepada satu rangkaian global yang terdiri daripada 140 pusat data. Di antara pelanggan e-shelter adalah syarikat perkhidmatan kewangan, pengendali telekom, perkhidmatan IT dan penyedia penyumberan luar serta pembekal perkhidmatan awan.
 
Selain e-shelter, syarikat-syarikat Arkadin, Dimension Data, itelligence, NTT Communications, NTT DATA dan NTT Security adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan NTT di Jerman. Di rantau ini, Kumpulan NTT mewakili sekitar 5,300 orang pekerja dan pendapatan yang melebihi € 1.2 bilion.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kumpulan NTT global di www.ntt-global.comhttp://www.e-shelter.com
 
Hubungi
NTT Communications Corporation
Hiroshi Seo, +81 3 6733 9511
wg-cl@ntt.com
atau
e-shelter
Daniela Beeger, +49 (0)69-7801 2110
presse@e-shelter.de
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170518005536/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.