ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PERINTIS INDUSTRI: VISTAJET MENGHAPUSKAN YURAN PENEMPATAN DI SELURUH DUNIA

Monday 22/05/2017



Untuk tidak membebankan pelanggan Program VistaJet dengan yuran feri yang mahal, tiada bayaran akan dikenakan bagi penempatan pesawat mereka di mana-mana tempat di seluruh dunia. 
  • Yuran penempatan boleh menyebabkan pelanggan dikenakan bayaran tambahan berpuluh ribu dolar bagi setiap penerbangan.
  • Syarikat-syarikat penerbangan lain mengenakan yuran penempatan apabila pesawat meninggalkan kawasan perkhidmatan mereka.
  • Pengumuman itu adalah hasil pelaburan VistaJet dalam kumpulan pesawat global mereka dan pemilikan teknologi operasi belakang (backend operation technology) yang bernilai $2.5 bilion.
  • Mereka memperoleh 15 buah jet perniagaan baharu pada tahun 2016, menjadikan jumlah pesawat mereka lebih 70 buah, bagi menawarkan harga sehala ke seluruh dunia.
  • VistaJet telah merekodkan penerbangan yang ke-100,000.


LONDON, 22 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memansuhkan yuran penerbangan feri mengikut jam untuk pelanggan Program VistaJet yang baharu di seluruh dunia. Sesuatu yang unik dalam industri ini kerana ia terpakai tidak kira pelanggan itu terbang pergi atau balik dari mana-mana di seluruh dunia. Langkah itu menandakan komitmen yang besar bagi misi VistaJet untuk menjadi pengendali pertama yang menawarkan perkhidmatan yang benar-benar global. Pelanggan mereka kini mempunyai kebebasan sepenuhnya semasa membuat tempahan, tanpa perlu menanggung beban membayar kadar penerbangan feri mengikut jam untuk pesawat kembali ke pangkalan atau kawasan perkhidmatan, dan menikmati harga yang benar-benar telus.

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/46cb434c-23ad-4110-8c4f-bc8711b071e2
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5e0064d2-a46b-4f9b-9935-b1ff347144f0
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8a1f5882-737f-42be-996b-adbf4e8f529e
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a6207715-7e21-42f4-ab50-9229bae68fba

Secara tradisi, yuran penempatan ialah kos yang mengecewakan dan tidak dijangka bagi pelanggan penerbangan perniagaan . Buat masa ini, kebanyakan syarikat dalam sektor ini menuntut pelanggan mereka membayar kos memulangkan pesawat kosong ke lapangan terbang asal atau kawasan perkhidmatan selepas penerbangan selesai. Bergantung pada lokasi, perkara ini boleh menambah berpuluh-puluh ribu dolar kepada kos keseluruhan penerbangan. Sebagai contoh, jika pelanggan menaiki pesawat yang berpangkalan di London menuju ke Australia, kos untuk pesawat kembali ke pangkalannya akan menambah lebih daripada $100,000 kepada kos keseluruhan perjalanan.

Pembaharuan ini berjaya dilaksanakan hasil daripada pelaburan bernilai $2.5 bilion yang telah dibuat oleh syarikat itu untuk membesarkan rangkaian pesawat mereka kepada skala global, serta usaha mereka untuk mewujudkan pangkalan pelanggan yang bersifat global melalui 10 pejabat jualan mereka di seluruh dunia. Model perniagaan unik syarikat itu  dibina berasaskan penghapusan idea pangkalan induk untuk semua pesawat, yang bermakna pelanggan hanya membayar untuk masa mereka berada di udara: apabila pelanggan Program VistaJet membuat tempahan penerbangan, VistaJet hanya akan menggerakkan pesawat yang terdekat untuk mengambil mereka.

Tidak seperti jet perniagaan carter, VistaJet memiliki setiap satu daripada lebih 70 pesawat perak dan merah dalam kumpulan pesawatnya, jadi pelanggan tahu apa yang akan menyambut mereka di mana-mana lapangan terbang di dunia. Syarikat itu telah melabur dalam pusat operasi industri yang utama di Malta, dan membina infrastruktur yang inovatif dengan keupayaan untuk mengurus penerbangan global 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia juga telah menubuhkan pejabat di 5 buah benua, mengurus penerbangan ke lebih 1,600 buah lapangan terbang di 187 buah negara setakat ini.

Pengerusi dan Pengasas, Thomas Flohr berkata:

"Apabila anda memanggil teksi, anda tidak perlu memikirkan kos perjalanan teksi itu menuju anda. Usahawan atau eksekutif perniagaan hari ini terbang ke Amerika pada satu minggu, Asia atau Amerika Selatan pada minggu yang seterusnya, dan Eropah di antaranya, jadi sangat penting untuk menawarkan perkhidmatan yang benar-benar global kepada mereka. Pelaburan berterusan yang telah kami buat sepanjang 13 tahun yang lalu telah dibuat perkiraan untuk memastikan kami boleh menawarkan sesuatu yang baharu kepada pelanggan: harga sehala di seluruh dunia.

Di VistaJet, setiap hari kami mencabar diri kami agar menawarkan pengalaman yang terbaik dalam industri. Jadi, dengan mengetahui bahawa para pelanggan kami hanya akan membayar untuk masa mereka berada di udara, apabila mereka terbang bersama kami, mereka tahu bahawa mereka akan menerima perkhidmatan yang terbaik, dengan segala-galanya disesuaikan mengikut keperluan khusus mereka. "

- Tamat -

Perihal VistaJet 

VistaJet merupakan yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat jet perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang utama menawarkan pelanggan tempahan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh mereka, untuk terbang di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Maklumat lanjut VistaJet dan berita di vistajet.com.


Maklumat
Jennifer Tyler
VistaJet International
T: +44 203 617 3077
M: +44 7834 335505
jennifer.tyler@vistajet.com

James Leviton
Finsbury
+44 207 251 3851
VistaJet@finsbury.com

SUMBER : VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.