ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PENGGANDING FOTO TOSHIBA YANG MENGGUNAKAN KUASA YANG RENDAH MENCAPAI PERHUBUNGAN BERKELAJUAN TINGGI DI DALAM APLIKASI AUTOMOTIF

Monday 22/05/2017



- Merealisasikan kelebihan di dalam penggunaan kuasa yang rendah, arus input ambang yang rendah dan bekalan arus yang rendah

TOKYO, 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TLX9310," sebuah pengganding foto yang menggunakan kuasa yang rendah yang ditempatkan di dalam sebuah pakej 5 pin SO6 bagi perhubungan berkelajuan tinggi di dalam aplikasi automotif. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Pengintegrasian bagi sebuah LED inframerah yang berkuasa tinggi dan cip IC foto litar bersepadu perolehan tinggi/berkelajuan tinggi mengurangkan penggunaan kuasa kepada di bawah satu perempat yang digunakan oleh IC jenis output semasa Toshiba (TLX9304, TLX9376, TLX9378) dan akan mengurangkan penggunaan semasa tunggu sedia dan memacukan aplikasi automotif.
 
Laporan pasaran Gartner yang terkini memperakui Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% penguasaan pasaran berasaskan jualan pada tahun kewangan 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Penguasaan Pasaran: Peranti Semikonduktor dan Aplikasi di Seluruh Dunia 2016", 30 Mac 2017).
 
Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran.
 
Penggunaan
  • Pengurusan Bateri Automotif (BMS) bagi isyarat perhubungan
  • Untuk isyarat perhubungan bagi peralatan aplikasi automotif yang lain
 
Ciri-ciri
  • Suhu kendalian -40 hingga 105oC; Suhu penyimpanan -55 hingga 125oC
  • Arus input ambang: 1.0mA (maksimum) @IO=-3.2mA, VO>2.4V
  • Bekalan arus paras tinggi/paras rendah: 0.3mA (maksimum) @IF=0mA/2mA
  • Masa lengah perambatan (maksimum): 250ns (maksimum) @VIN=3.3V, RT=820Ω
  • Pencongan lengah perambatan (peranti ke peranti) (maksimum): 65ns @VIN=3.3V, RT=820Ω
  • Keluaran galah tiang elu
 
 

Spesifikasi Utama
(Melainkan jika dinyatakan, Ta=-40 hingga 105oC, VDD=2.7 hingga 5.5V)
                           Nombor Bahagian TLX9310
Ciri-ciri Elektrik Voltan output paras rendah VOL 0.4 V (maksimum)
 Voltan output paras tinggi VOH VDD-1.0 V (minimum)
 Bekalan arus paras rendah IDDL 0.3 mA (maksimum)
 Bekalan arus paras tinggi IDDH 0.3 mA (maksimum)
 Arus input ambang (L/H) IFLH 1.0 mA (maksimum)
Ciri-ciri Pensuisan 
Masa lengah perambatan tpLH/tpHL
 
250 ns (maksimum)
 Pencongan lengah perambatan tpsk 65 ns (maksimum)
Ciri-ciri Pengasingan
(@Ta=25 oC)
 
Voltan pengasingan
 
3750 Vrms (minimum)
 Pelepasan 5.0 mm (minimum)
 Jarak rayapan 5.0 mm (minimum)
Pakej 
Nama
 
5pin SO6
 Jenis saiz (mm) 3.7×7.0×2.2
 
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto Toshiba bagi aplikasi automotif.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/automotive.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51562198&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170519005227/en  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.