ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TAN SRI DATO' A.K. NATHAN BERKONGSI CABARAN PERLUASAN PERNIAGAAN DI PERINGKAT GLOBAL UNTUK MALAYSIA PADA MALAM CEO MRCA KESEPULUH

Wednesday 24/05/2017



SUBANG JAYA, 24 Mei (Bernama) --  Tan Sri Dato’ A.K. Nathan berkongsi mengenai cabaran-cabaran dalam meluaskan perniagaan di peringkat global untuk Malaysia pada Malam CEO Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) 2017 bertempat di E-City Hotel, Subang Jaya, Selangor. 

Tan Sri Dato’ A.K. Nathan, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Corporation Berhad, tokoh terkenal dalam industri keluli pencakar langit di peringkat tempatan dan global terutamanya di Timur Tengah, diberikan penghormatan sebagai Tetamu Kehormat pada tahun ini. Menekankan topik ‘Memperkasakan Transformasi Positif’, Tan Sri Dato’ A.K. Nathan berkongsi pandangan beliau dalam kepimpinan inovatif dengan mengekalkan nilai asas melalui pencapaian Eversendai sendiri yang bermula sebagai pakar keluli sederhana kepada antara kontraktor ‘turnkey’ keluli bersepadu terkemuka dunia.

Disalurkan geran sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor peruncitan, MRCA memperkenalkan Inisiatif Runcit Digital (DRI) menjelang pertengahan kedua tahun ini dan akan menggalakkan ahli-ahlinya mengadaptasi pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka. Mengambil potensi kelebihan yang ada pada Data Besar, Dompet Digital dan saluran pelbagai, MRCA berhubung secara rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pembangunan kandungan DRI.

Menyediakan platform bagi jenama-jenama ahlinya untuk memasuki pasaran serantau, MRCA memfokuskan sektor perdagangan runcit, francais dan perlesenan dengan ASEAN sebagai sasaran makro untuk perluasan merentasi sempadan. Dikenali sebagai ‘Tiger Market’ oleh peruncit-peruncit, inisiatif ini akan menjangkau 625 juta populasi ASEAN sebagai pasaran peruncitan.

Dato’ Garry Chua selaku Presiden MRCA percaya dengan perkongsian maklumat sebegini akan memanfaatkan para hadirin yang terdiri daripada ahli serta usahawan dengan hebat. Hadirin juga akan mendapat pandangan tepat mengenai cabaran-cabaran dan peluang dalam dunia keusahawanan daripada tetamu kehormat terutamanya dalam mengekalkan keberadaan mereka di pasaran dunia.

Sejak mula dilancarkan pada tahun 2007, Malam CEO MRCA telah menyediakan ruang kepada pemimpin perniagaan dan seumpamanya untuk mendengar serta mendapat pandangan daripada para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang terdiri daripada pelbagai industri, seperti Dato’ Idris Jala, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Dr Lim Wei Chai.

Malam CEO MRCA ini dibawakan oleh Gintell, dan bersama-sama dengan Penaung Korporat MRCA – Maxis, Maybank, Mastercard, Fusionex, dan Quill Automobiles.

Mengenai Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia
 
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) telah ditubuhkan pada 1992, sebagai pertubuhan untuk rantaian peruncit-peruncit dan pemilik francais dengan usaha untuk membangunkan persekitaran runcit dan francais di Malaysia dan luar negara. Hari ini, MRCA telah berkembang sebagai sebuah pertubuhan yang berpengaruh dengan lebih 380 rangkaian runcit dan francais, termasuklah jenama seperti Poh Kong, Secret Recipe, Focus Point, Rotol Food Chain Group, Senheng, 7-Eleven, OSIM, Bonia, Naza Motor, Mydin, Bentley Music Group dan banyak lagi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mrca.org.my 

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Amirin Arsyan
Pengurus PR, Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 686 0250
Emel : amirin.arsyan@gcma.tv

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.