ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  EKSPO CHINA-CEEC BAKAL BERLANGSUNG DI NINGBO

Monday 05/06/2017



AsiaNet 68792 

NINGBO, China, 5 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC (Ekspo China-CEEC) ke-3 akan diadakan di Ningbo, Wilayah Zhejiang dari 8 hingga 12 Jun, bersama-sama dengan Simposium Pelaburan & Perdagangan China Zhejiang ke-19 dan Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China ke-16. 

Ekspo menyeluruh yang pertama itu bertemakan pelaburan dan perdagangan antara China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEE), Ekspo China-CEEC itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan wilayah Zhejiang. 

Bertujuan ke arah menggalakkan kerjasama dan manfaat bersama kepada China dan 16 negara CEE, ekspo itu akan menawarkan 15 aktiviti termasuk persidangan, forum, pameran dan pertukaran budaya dengan lebih daripada 3,000 barangan dipamerkan, 80 peratus lebih banyak berbanding pada ekspo yang lepas, menurut Zhang Wenhu daripada jawatankuasa penganjur.

Setakat ini, lebih 240 buah perusahaan asing dari Estonia, Latvia, Poland, Republik Czech dan negara-negara lain telah memohon hampir 300 tapak.
Ekspo itu mempunyai kepentingan besar di atas peranannya yang utama dalam meningkatkan perdagangan dua hala di antara China dan negara-negara CEE, yang merupakan komponen penting di dalam Belt and Road.

Terdapat beberapa sebab mengapa Ekspo China-CEEC telah bertapak di Ningbo.

Ningbo, sebuah bandar raya tepi pantai di Timur China, dianggap sebagai pilihan pertama bagi negara-negara CEE untuk mengangkut barang-barang ke China disebabkan oleh sumber pelabuhannya yang terunggul dan ekonomi terbuka.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara Ningbo dan negara-negara CEE menjadi satu asas yang kukuh bagi ekspo itu. Pada tahun 2016, eksport Ningbo ke negara-negara berkenaan dan import daripada mereka mencapai $2.37 bilion dan sehingga akhir tahun ini terdapat sebanyak 120 projek pelaburan dua hala, hampir berada di bahagian atas senarai berkenaan untuk China.

Ningbo telah mewujudkan hubungan mesra dalam bidang budaya, pendidikan dan pelancongan dengan negara-negara CEE. Pada tahun 2015, terdapat lebih 200 orang pelajar antarabangsa CEE menuntut di Ningbo. Pada tahun yang sama, sebanyak 80 kumpulan melancong yang terdiri daripada 2,125 orang rakyat tempatan telah melawat negara-negara CEE. Ningbo telah mengembangkan kenalannya dengan menjadi bandar raya berkembar kepada 20 bandar raya CEE.

Dua ekspo China-CEEC yang lalu pada tahun 2015 dan 2016 membawa Ningbo kepada beberapa siri perjanjian di dalam sektor-sektor yang berbeza. Bandar raya itu memperoleh pengalaman di dalam meningkatkan daya saingnya di peringkat antarabangsa, meningkatkan kecekapan bagi perdagangan asing dan memperkenalkan cara-cara baharu untuk produk-produk Ningbo bagi mencapai ke pasaran luar. Ekspo itu menjadikan kerjasama antarabangsa Ningbo dengan negara-negara lain lebih meluas dan mantap.

Ningbo berharap untuk mengembangkan perdagangan dan pelaburan dua hala, dan mendapatkan kerjasama yang lebih erat di dalam produktiviti industri antara China secara keseluruhan dan negara-negara CEE pada ekspo tahun ini. Dengan keyakinannya yang semakin berkembang bandar raya pelabuhan itu menjangka untuk menarik perhatian dunia dan mempamerkan daya tarikan dan kelebihannya kepada peserta antarabangsa.
 
SUMBER: Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=290532  

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.