ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ROMPAKAN DI RUMAH MALAYSIA DI CHILE

Tuesday 13/06/2017



PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Chile, Dato’ Dr Mohamad Rameez Yahaya di Santiago dipecah masuk oleh perompak lewat malam 12 Jun 2017.
 
Polis Santiago telah memulakan siasatan terhadap kes itu, dan telah mengambil keterangan saksi serta mengumpul bukti berkaitan dengan kes tersebut.
 
Kementerian memandang serius insiden yang telah menimpa salah seorang diplomatnya. Sebagai barisan hadapan Malaysia di luar negara, keselamatan pegawai dan anggota Kedutaan Besar menjadi keutamaan. Kementerian akan menyusul perihal kes ini dengan pihak berkuasa Chile yang berkaitan. 

Sumber : Kementerian Luar Negeri 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI 
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.