ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  WILAYAH CHIBA MENGHASILKAN BUKU PANDUAN, PROMOSI VIDEO MENGENAI PELANCONGAN DI CHIBA

Monday 19/06/2017

AsiaNet 68974

CHIBA, Jepun, 19 Jun, 2017 / Kyodo JBN-AsiaNet / -- 

Kerajaan Wilayah Chiba telah menghasilkan sebuah buku panduan dan video promosi pelancongan di Chiba dalam usaha untuk menarik pelancong ke wilayah itu, yang jumlahnya dijangka meningkat kerana Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo dijadualkan akan diadakan pada tahun 2020.

Buku panduan ini memperkenalkan 30 laluan bersiar-siar menggunakan sistem pengangkutan awam dan kira-kira 250 tempat pelancongan di Wilayah Chiba.
 
(Imej1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201706152786/_prw_PI1fl_7PpQk7zT.jpg)
 
(Imej2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201706152786/_prw_PI2fl_7l5uRKR8.jpg)
 
Para pegawai kerajaan wilayah berharap seberapa ramai orang yang mungkin akan melawat dan bersiar-siar di Chiba, menggunakan sepenuhnya maklumat yang diberikan di dalam buku panduan itu.
 
1. Kandungan
Buku panduan ini memperkenalkan pelbagai jenis maklumat mengenai pelancongan di Chiba, termasuk laluan bersiar-siar di sepanjang pantai Pasifik di selatan Semenanjung Boso yang akan menjadi lokasi bagi acara luncur air Sukan 2020 itu dan di mana pelawat boleh menikmati perjalanan menggunakan kereta api tempatan dan juga tempat-tempat menarik untuk foto disyorkan.
 
2. Buku panduan E-baca: "Panduan Sempurna CHIBA JAPAN Perfect Guide for Tourists"
Inggeris: http://japan-chiba-guide.com/en/digital-pamphlet.html
Thai: http://japan-chiba-guide.com/th/digital-pamphlet.html
 
3. Laman sesawang video promosi
(1) Selamat Datang ke CHIBA! Panduan Sempurna untuk Pelancong (versi penuh)
 https://www.youtube.com/watch?v=FsYkK3aQLzw
 
(2) Laman khas maklumat mengenai Chiba di "DiGJAPAN!" – Laman sesawang maklumat mengenai pelancong masuk, Shobunsha Publications, Inc.
 
 Inggeris: https://digjapan.travel/en/digest/chiba.html
 Thai: https://digjapan.travel/th/digest/chiba.html
 Cina (karakter tradisional ):
 https://digjapan.travel/zh_tw/digest/chiba.html
 Cina (karakter dipermudahkan ): 
 http://digjapan.travel/zh_cn/digest/chiba.html
 Korea: https://digjapan.travel/ko/digest/chiba.html
 Jepun: https://digjapan.travel/digest/chiba.html
 
Sumber: Bahagian Perancangan Pelancongan, Kerajaan Wilayah Chiba 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.