ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LEBIH 250 KELUARGA DAPAT MANFAAT MELALUI KEMBARA RAMADHAN UMW 2017

Wednesday 21/06/2017


Penduduk menunggu waktu berbuka.



SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- 29 orang UMW Community Champions (sukarelawan)  yang terdiri dari kakitangan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) baru-baru ini telah menyertai konvoi 10 buah kenderaan pacuan empat roda ke Kuala Linggi, Melaka untuk membahagikan Pek Ramadhan dan barang keperluan.  Misi konvoi ini adalah untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
 
Hentian pertama konvoi adalah Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah, Melaka. PDK ialah pusat latihan untuk komuniti kurang upaya di kawasan itu. Ia melatih golongan kurang upaya berdikari dan juga mengajar kemahiran-kemahiran seperti menjahit dan memasak, yang diharap dapat membantu mereka menjana pendapatan. Sukarelawan UMW membahagi baju raya kepada pelatih PDK dan menyampaikan sumbangan barang keperluan untuk pusat itu.  
 
Selepas melawat PDK, konvoi Kembara Ramadhan melawat 3 keluarga kurang bernasib baik di mana para sukarelawan bergotong royong membersihkan rumah mereka dan kawasan persekitaran.
 
Konvoi kemudian bergerak ke Surau Nur Iman, Kampung Nelayan di mana sukarelawan menyediakan bubur lambuk dan 187 Pek Ramadhan untuk diedarkan kepada penduduk Kampung Linggi dan Kampung Bukit Darat.
 
Majlis berbuka puasa turut diadakan untuk penduduk kampung di surau itu dan para sukarelawan dan ahli jawatankuasa Surau Nur Iman bergotong royong menyediakan juadah berbuka. Adalah menjadi harapan UMW supaya Pek Ramadhan yang disumbangkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penduduk kampung dan membawa sedikit keriangan menjelang Aidilfitri.
 
Ini adalah tahun kedua sukarelawan UMW menyertai Kembara Ramadhan di luar Lembah Klang untuk membantu komuniti kurang bernasib baik. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi juga turut membuka mata para sukarelawan. 

Sumber : UMW CORPORATION SDN BHD 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : S Vikneshwaaran
Head – Investor, Media Relations & Sustainability
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel : +603 5163 5044 / +6019 850 5799
Emel : vikneshwaran.s@umw.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.