ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN MEDIA PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BAGI AKHIR RAMADAN 1438H

Thursday 22/06/2017



KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- PPZ- MAIWP senantiasa menghargai para pembayar zakat kami. Untuk itu, pihak kami senantiasa memaklumkan umum tentang kemudahan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP dari semasa ke semasa.
 
Untuk makluman umum, 11 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi setiap hari dari pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari terakhir Ramadan iaitu  24 Jun 2017 (Sabtu), kesemua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi sehingga jam 1 petang sahaja. 
 
Oleh yang demikian, bagi yang masih belum menunaikan zakat pada ketika itu, bolehlah  berbuat  demikian secara online  melalui  Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my.

Pihak PPZ-MAIWP menyeru dan menyarankan umum yang masih belum menunaikan zakat agar berbuat demikian di mana-mana cawangan kaunter PPZ-MAIWP.
 
PPZ-MAIWP juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757 , layari www.zakat.com.my atau komunikasi dua hala menerusi Facebook PPZ-MAIWP di www.facebook.com/myzakat.

“PPZ Memudahkan Anda Berzakat”
 
Nor Mukshar Harun
Pen. Pengurus Besar,
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Name : Nur Haliza Abd Rahman
Penolong Pengurus, Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : +60 (0)12 5003547 / +60 (0)3 92895757
Fax : +60 (0)3 92895759
Website : www.zakat.com.my 
Facebook : www.facebook.com/myzakat

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.