ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  JENAMA-JENAMA MALAYSIA DAN SINGAPURA DI ANTARA 92 PEMENANG UNTUK EDISI HAIWAN 2017 BAGI ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

Thursday 22/06/2017



VIENNA, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi Haiwan bagi Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij itu menyaksikan 92 jenama dari 35 buah negara dinobatkan sebagai "Jenama Terbaik bagi Tahun itu" dalam satu majlis yang gilang-gemilang yang diadakan di Istana Hofburg di Vienna hari ini. Anugerah bagi Edisi Haiwan itu memberi tumpuan kepada jenama-jenama binatang peliharaan dan haiwan.

Animal Planet, FURminator, Hill's Prescription Diet, KONG, ORIJEN, Pedigree, Petplan, PURINA Pro Plan, Red Dingo, Tetra dan Whiskas telah diumumkan sebagai pemenang global. Pemenang di peringkat wilayah adalah Equi-Trek (United Kingdom), Evidensia (Sweden), Fressnapf | Maxi Zoo (Jerman) dan Horze (Finland).

Pemenang di peringkat kebangsaan dari Malaysia adalah Aquaria KLCC bagi Pendidikan Haiwan – Akuarium Awam dan Powercat bagi Makanan Kucing – Kering/ Makanan berbentuk pelet; manakala pemenang dari Singapura adalah Kumpulan Veterinar Mount Pleasant bagi Perkhidmatan Veterinar/ Hospital Haiwan Peliharaan dan Pusat Pencinta Haiwan di dalam kategori Rantaian Kedai Haiwan Peliharaan.

Empat NGO – The Borneo Orangutan Survival Foundation (Indonesia), The David Sheldrick Wildlife Trust (Kenya), The Jane Goodall Institute (United States) dan Wildlife Friends Foundation (Thailand) – juga diberikan pengiktirafan di atas usaha mereka.

Anugerah itu meraikan pencapaian beberapa jenama terbesar di seluruh dunia. Uniknya, pemenang diadili melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan pengundian awam dalam talian. Setiap jenama dinamakan "Jenama Terbaik bagi Tahun itu" di dalam kategori masing-masing.

Anugerah itu dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang mengkhususkan usaha ke arah memajukan piawaian penjenamaan bagi kebaikan komuniti penjenamaan serta pengguna. Ia menganjurkan dan menaja pelbagai program pendidikan, dan menjalin kerjasama bersama-sama universiti dan muzium yang terkemuka. Forum itu juga menerbitkan berita penjenamaan di laman web mereka yang mencatatkan lebih 4 juta pelawat dari seluruh dunia.

"Edisi Haiwan bagi Anugerah itu memberi penghormatan kepada pencapaian jenama-jenama binatang peliharaan dan haiwan dari seluruh dunia. Undian pengguna merangkumi 70 peratus daripada skor akhir, oleh itu jenama yang menang harus menjalin sebuah hubungan yang mantap dengan pelanggan mereka agar dapat menang," kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.

"Lebih 60,000 pencinta binatang peliharaan dan haiwan dari seluruh dunia mengundi bagi lebih 800 jenama dari 35 buah negara. Jenama-jenama yang menang perlu berusaha keras untuk menonjol daripada persaingan sengit itu," kata Peter Pek, Ketua Eksekutif bagi Forum itu.

Acara itu dihoskan oleh Stuart Freeman dari Radio FM4 di Austria. Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.

Maklumat mengenai Forum Penjenamaan Dunia
Forum Penjenamaan Dunia (WBF) adalah sebuah organisasi berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Matlamat dan aktiviti mereka adalah untuk memberi peningkatan piawaian penjenamaan bagi kebaikan industri serta pengguna. WBF menghasilkan, mengurus dan menyokong pelbagai program yang meliputi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, rangkaian dan khidmat bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila layari brandingforum.org.
 
Maklumat mengenai Anugerah Penjenamaan Dunia
Anugerah Penjenamaan Dunia adalah anugerah utama bagi Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Anugerah itu mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik di dunia. Terdapat tiga peringkat utama bagi anugerah itu – Anugerah Global dianugerahkan kepada jenama-jenama antarabangsa, Anugerah Serantau bagi jenama yang meliputi sebuah kawasan geografi, manakala Anugerah Kebangsaan diberikan kepada jenama-jenama yang masyhur di negara asal mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://awards.brandingforum.org.

Hubungi

Forum Penjenamaan Dunia
Peter Michaels
+44 (0) 20 3743 9880

Sumber: Forum Penjenamaan Dunia

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170621006077/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.