PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 26, 2017 -Selasa

 
  KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : ISU BUAH DAN SAYUR BUSUK DIJUAL DI PASARAYA

Sunday 16/07/2017



PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar The Star pada 11 Julai 2017 bertajuk “Seeing red over rotting fruits and greens”. Laporan tersebut adalah mengenai tinjauan akhbar the Star di beberapa pasaraya yang mendapati buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah, pisang, bawang, buah naga dan bak choy yang telah busuk dijual dengan harga yang murah dan tidak dikeluarkan daripada rak jualan. Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna.

Di bawah subseksyen 13(1), Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat. Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

PUAN NORAINI BINTI DATO’ MOHD OTHMAN
PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14 Julai 2017

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.