PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 22, 2017 -Rabu

 
  PERSATUAN ANTARABANGSA UNTUK KAJIAN KANSER PARU-PARU MENGUMUMKAN PERSIDANGAN DUNIA KE-18 IASLC BAGI KANSER PARU-PARU

Monday 17/07/2017



Satu-satunya perjumpaan global yang tertumpu kepada kanser paru-paru sahaja yang menarik beribu-ribu orang di Jepun


DENVER, 17 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) mengumumkan hari ini bahawa Persidangan Dunia Ke-18 IASLC bagi Kanser Paru-paru (WCLC) akan bersidang pada 15-18 Oktober 2017 di Yokohama, Jepun. WCLC merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks. WCLC mengumpulkan seramai 6,000 wakil daripada lebih dari 100 negara untuk membincangkan tentang kemajuan saintifik terkini dalam bidang ini.

"Tahun demi tahun, WCLC menjadi acara yang wajib dihadiri dalam komuniti kanser paru-paru disebabkan kualiti penyelidikan yang dibentangkan dan fokus tunggal khusus tentang kemaglinanan ini," ujar Fred Hirsch, MD, PhD, Profesor Perubatan dan Patologi di Universiti Colorado, Pusat Kanser dan Pusat Pengajian Perubatan dan CEO IASLC. "Acara ini merupakan perjumpaan kanser paru-paru perdana tahun ini dan selain daripada menyebarkan pencapaian saintifik yang baharu, perjumpaan ini juga melebarkan kolaborasi dan perangkaian global. Kami berharap untuk mengumpulkan para cendekiawan dan membawa kemajuan terkini bagi ramai pesakit yang memerlukannya."

WCLC menampilkan pelbagai program yang akan meneroka pandangan yang mendalam merentasi disiplin dan kepakaran, termasuklah sesi tentang keputusan ujian klinikal, terapi sasaran, imunoterapi, pencegahan/saringan, kejururawatan dan sokongan. Sesi pendidikan dan pembentangan abstrak akan menyerlahkan kemajuan terkini dalam rawatan dan kejayaan cemerlang dalam penyelidikan.

Hadirin persidangan termasuklah pakar bedah, pakar onkologi perubatan, pakar onkologi radiasi, ahli pulmonologi, ahli radiologi, ahli epidemiologi, saintis penyelidikan asas, jururawat, ahli profesional kesihatan bersekutu dan wakil industri. WCLC juga mengalu-alukan pesakit kanser paru-paru, pemandiri, pengasuh dan peguam bela, memastikan semua pendokong boleh bersuara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: http://wclc2017.iaslc.org/

Mengenai WCLC:

Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain. WCLC menarik lebih daripadai 6,000 orang penyelidik, doktor dan pakar daripada lebih dari 100 negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru serta untuk membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Perjumpaan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Menawan Kanser Paru-paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://wclc2017.iaslc.org/.

Mengenai IASLC:
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi segala disiplin, lebih dari 100 negara, membentuk perangkaian global yang bekerjasama untuk menawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungan:
Hillary Wasserman
hwasserman@groupgordon.com
+1 212.784.5726

SUMBER : IASLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.