ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PINDAAN KE ATAS GARIS PANDUAN PINDAHAN HARGA 2012

Monday 24/07/2017



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Dimaklumkan bahawa Garis Panduan Pindahan Harga 2012 telah dikemaskini untuk mengukuhkan piawaian sedia ada berdasarkan keperluan semasa percukaian antarabangsa dan ianya telah dimuatnaik di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah kategori Percukaian Antarabangsa.
 
Garis Panduan Pindahan Harga 2012 menerangkan berkenaan peruntukan dibawah Seksyen 140A, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Harga Pindahan) 2012 iaitu peruntukan yang mengawal selia piawaian dan peraturan berdasarkan prinsip harga selengan yang perlu dijadikan asas bagi transaksi yang melibatkan orang yang berkaitan. 

Bab-bab yang telah dikemaskini dalam Garis Panduan tersebut dengan rujukan “Updated version of Transfer Pricing 2012” adalah -
  • Chapter II - The Arm's Length Principle
  • Chapter VIII - Intangibles
  • Chapter X - Commodity Transactions
  • Chapter XI - Documentation
Tarikh kuatkuasa bagi keempat-empat bab yang telah dikemaskini tersebut adalah mulai 15 Julai 2017. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pindaan Garis Panduan ini boleh menghubungi Encik Amir Zainuddin Abdul Hamid (8313 8888 samb 21206) atau emel kepada lhdn_jcm@hasil.gov.my.

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks  : 03-8313 7801
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.