ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KUALA LUMPUR

Monday 24/07/2017


Ucapan Perasmian oleh Datuk Seri J. Jayasiri, KSU MITI



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ), AKRAB, PUSPANITA dan Kelab MITI meneruskan tradisi tahunan memberi khidmat kemasyarakatan dengan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kali ini bertempat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan), Setapak, Kuala Lumpur.
 
Program ini yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah melibatkan penyertaan lebih kurang 40 orang kakitangan MITI dan 60 orang pelajar serta guru sekolah berkenaan. Antara pengisian unik dalam program ini  adalah Perasmian Sudut Anti Dadah dimana poster khas tulisan braille disediakan untuk bacaan pelajar, Happy Drumming iaitu aktiviti  Intervensi Psikologi melalui muzik dan inovasi-menjadikan muzik sebagai medium bagi aktiviti-aktiviti  psikologi dan kaunseling serta permainan GOLBALL, satu permainan sukan untuk orang cacat penglihatan.
 
Menurut Datuk Seri J. Jayasiri,  Ketua Setiausaha MITI, pemilihan sekolah berkenaan sebagai lokasi program CSR MITI adalah bertepatan dengan saranan untuk merakyatkan warga MITI oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI. Selain itu terdapat dua Pegawai MITI yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut terlibat  memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik mereka. Melalui program ini juga warga MITI dapat merasai dan menghayati kehidupan pelajar-pelajar OKU dan juga mempromosi peranan dan aktiviti MITI secara berterusan melalui CSR MITI dengan pihak sekolah apabila diperlukan.
 
MITI antara kementerian awal yang  menyahut seruan kerajaan untuk mengambil Orang Kurang Upaya (OKU) berkhidmat di sektor kerajaan.  Sehingga ini, MITI mempunyai 5 orang Pegawai OKU  (0.7%) iaitu kementerian yang tertinggi untuk mencapai sasaran 1% seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
 
“MITI berharap dengan aktiviti yang dijalankan pada hari ini, dapat memberi manfaat kepada para pelajar di samping menerap nilai-nilai kemasyarakatan dalam kalangan warga MITI” ujar Datuk Seri J. Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI semasa menyampaikan ucapan Perasmian. Tambah beliau, MITI akan menyumbangkan sebuah mesin Braille untuk kegunaan pelajar sekolah dalam masa terdekat.
 
Yang turut hadir ialah  Datin Yeoh Swee Lin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan MITI, Encik Khiruddin Said, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan MITI dan Puan Junaidah Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMPK Setapak, Kuala Lumpur.
 
Tentang MITI:

MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Unit Komunikasi Strategik
Tel : +603 6200 0082
Fax :  +603 6206 4293
E-mel : allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.