ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENYERTAAN UNTUK FESTIVAL SENI MEDIA JEPUN KE-21 KINI DIBUKA

Tuesday 01/08/2017



AsiaNet 69511
 
TOKYO, 1 Ogos, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Jawatankuasa Eksekutif Festival Seni Media Jepun kini menerima penyertaan untuk Festival Seni Media Jepun ke-21. Semua artis di seluruh dunia, tanpa perbezaan kepada profesional, amatur, persendirian, atau komersial, adalah dijemput untuk menyerahkan hasil karya mereka kepada empat bahagian -- Seni, Hiburan, Animasi, dan Manga. Penyertaan yang layak adalah hasil kerja yang disiapkan atau dipamerkan dalam tempoh masa satu tahun sebelum tarikh akhir (10 September, 2016 - 5 Oktober, 2017). Daripada setiap bahagian itu, jawatankuasa juri akan memilih pemenang bagi Hadiah Utama, Anugerah Kecemerlangan, dan Anugerah Muka Baharu. Kesemua anugerah, termasuk Anugerah Pencapaian Khas dan Pemilihan Juri, akan diumumkan pada Mac 2018. Setiap pemenang dari keempat-empat bahagian itu akan menerima sebuah trofi dan hadiah wang tunai sehingga 600,000 yen, dan juga memenangi satu peluang untuk membentangkan hasil karya mereka pada Pameran Hasil Karya yang memenangi Anugerah di Tokyo pada Jun 2018.
 
Penyertaan perlu dikemukakan secara dalam talian di
http://festival.j-mediaarts.jp/en/entry/entry-guidelines/
Semua penyertaan mesti diterima selewat-lewatnya pada pukul 6 petang pada Khamis, 5 Oktober (JST).
Penyerahan penyertaan adalah percuma.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web:
http://festival.j-mediaarts.jp/en/
 
Maklumat mengenai festival
 
Festival Seni Media Jepun itu adalah sebuah festival yang komprehensif mengenai "Seni Media" (Bahasa Jepun: "Media Geijutsu") yang mengiktiraf hasil karya cemerlang di dalam keempat-empat bahagian: Seni, Hiburan, Animasi, dan Manga. Festival itu telah menganugerahkan hadiah kepada hasil karya kreatif dan signifikan yang mempunyai nilai artistik sejak penubuhannya pada tahun 1997, dan melalui Pameran tahunannya berhubung Hasil Karya yang telah memenangi Anugerah, ia telah menawarkan peluang kepada orang ramai untuk secara langsung menghargai hasil-hasil karya terkenal ini, dan juga untuk mengambil bahagian di dalam acara-acara yang berkaitan seperti simposium dan ceramah artis.
 
Tahun lepas, Festival edisi ke-20 itu menerima 4,034 penyertaan dari 88 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun lalu, perayaan itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah daripada acara yang paling menonjol di dalam bidang "Seni Media" yang mengamati ekspresi artistik terkini yang terus menerus mempelbagaikan di dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah pada hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai festival itu, sila layari laman web rasmi: http://festival.j-mediaarts.jp/en/
 
SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Festival Seni Media Jepun
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.