ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM MENAFIKAN MENGELUARKAN EMEL NOTIFIKASI BAYARAN BALIK

Friday 11/08/2017



KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan mengeluarkan emel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai yang kini sedang berlegar di alam maya. Harap maklum bahawa lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC), Cek Berpalang dan Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara). Imej emel palsu tersebut adalah seperti berikut:

 Table
 
Emel berkenaan juga mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan sebagai prosedur untuk menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.

LHDNM menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam emel tersebut.

Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDNM berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima. Nombor talian cawangan LHDNM boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel  : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.